DIY & Kraf

[VIDEO] Cara Putihkan Semula Baju Putih Yang Dah Kuning, Jangan Buang!

36
SHARES

“Haih la beli baju putih banyak tapi lama-lama jadi kuning pula. Pening betul…”

Pasti anda pernah alami seperti situasi di atas kan? Baju putih kesayangan bertukar menjadi kekuningan dan menyebabkan ia tidak sesuai untuk dipakai dan mengambil keputusan untuk membeli baju putih yang baharu.

Sebenarnya, baju tersebut masih boleh digunakan dan kesan kuning boleh dihilangkan dengan menggunakan beberapa bahan mudah. Jadi, mengapa perlu membazir kalau boleh berjimat? Ikuti langkah di bawah.

Baca juga: Teknik Rahsia Kalau Nak Kain Buruk Sentiasa Wangi & Cepat Bersih, Mudah Je!

CARA PUTIHKAN SEMULA BAJU PUTIH YANG DAH KUNING

Seperti perkongsian @Jason_jezi di laman TikTok, dia menjelaskan baju atau kain putih yang disimpan lama akan bertukar menjadi kuning dan untuk mengatasi masalah tersebut senang sahaja.

Anda perlukan:

  • Ubat gigi
  • Baking soda
  • Cuka
  • Air panas
  • Pencuci baju

Cara-caranya:

– Campurkan ke semua bahan di atas di dalam baldi dan gaul rata.

– Kemudian, masukkan pencuci baju dan baju atau kain putih yang sudah kekuningan itu.

– Rendam selama 30 minit dan angkat. Jemur di ampain sehingga kering. Kain kekuningan itu akan bertukar menjadi putih.

Mudah kan? Kalau anda ada masalah seperti di atas, jangan lupa gunakan cara mudah ini. Jangan buang baju tersebut. Rugi tau!

VIDEO PENUH:

@jason_jezi

Share kpd kawan2 yg banyak baju Putih simpan sampai kuning #TikTokGuru #jombelajar #tips #jezismart #learnontiktok

♬ POP! – NAYEON

Sumber: TikTok Jason_Jezi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×