Dapur

‘Frust’ Beli Mahal Tapi Dalamnya Seulas Je. Ini 5 Cara Pilih Cempedak Isi Meriah

4.8K
SHARES

“Huwaa… Stresnya! Dah seminggu mengidam nak makan cempedak. Tengok-tengok kat dalam ni ada sebiji je?! Dahlah mahal… Huhu.”

Mesti ada antara kita yang pernah ‘kena’ macam ni kan?

Kita punyalah berkobar-kobar nak cari cempedak, dengan harapan bila bawa balik nak goreng buat makan ramai-ramai. Sekali bila dah belah, ada sebiji dua aja buahnya dekat dalam tu.

Dengan harga cempedak lebih kurang RM6-10 sekilo, sebiji buah cempedak ni boleh cecah RM20 jugalah kan. Nak beli yang siap digoreng pun bukannya senang nak jumpa. Bila teringin, terpaksalah juga beli buahnya untuk dimasak sendiri dekat rumah.

Kebanyakan kita mungkin tak tahu cara pilih cempedak yang betul. Yalah, orang muda-muda biasanya bukannya selalu beli cempedak ni sebab lagipun dia ikut musim.

Ini antara tips yang dapat membantu kita memilih cempedak yang elok dan banyak isinya.

5 Cara Pilih Cempedak Yang Bagus, Manis & Banyak Isi

1.  Tengok ‘Mata’ Kulit

Antara pesan paling popular yang mak-mak kita pesan ialah kena perhati pada kulitnya. Kena pilih yang ‘mata’nya tumpul-tumpul, besar-besar dan jarang-jarang. Barulah isi dalam tu banyak.

Jangan pilih yang ‘mata’nya tajam-tajam dan rapat-rapat, itu bermaksud  jerami dia yang banyak.

2. Rasa Kulit Empuk

Selain tengok pada ‘mata’ kulit tadi, kita juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya.

Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Jadi pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.

Cara pilih cempedak

3. Kulit Kekuningan, Tangkai Coklat

Satu lagi tips pilih cempedak ni kita boleh tengok pada warna kulitnya. Cempedak yang dah masak dan matang ni warna kuning dia nampak lebih dominan.

Kalau cempedak yang dijual masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, jangan pilih yang tu sebab di dalamnya masih muda.

Boleh tengok warna tangkainya jugak. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya dah masak.

4. Bau Wangi

Macam durian, cempedak ni memang wangi. Yang masih separuh matang pun biasanya dah mula berbau wangi.

Tapi bezanya, cempedak yang dah betul-betul masak ni aromanya lagi menyengat dan wangi.

Jadi pilihlah yang betul-betul harum dan wangi. Barulah manis dan boleh makan terus. Goreng pun sodap!

5. Yang Berat Lebih Selamat

Antara kesilapan yang mungkin kita buat masa beli cempedak ni ialah nak beli yang kecil atau ringan sebab nak jimat. Takut mahal bila ditimbang nanti.

Tapi kena hati-hati sebab buah yang ringan mungkin tak berisi. Kempunan dibuatnya!

Jadi, lebih selamat ambil yang berat dengan ciri-ciri di atas ni. Barulah kurang kebarangkaliannya untuk dapat isi yang kosong.

Foto Kredit: banjarhits.id

Kulit Cempedak Pun Boleh Makan

Selain isi ulas buah cempedak, bahagian empulur dan kulit buah cempedak pun boleh dimakan.

Jadi janganlah terus buang je kalau dapat yang sikit isi buahnya.

Kulit buah cempedak boleh dibuat masak lemak, jeruk atau Mandai. Mandai ni sedap kalau digoreng bersama cili dan bawang.

Orang kata memang sedap kulitnya ni… Rasanya lemak-lemak manis je. Yang tak pernah cuba, bolehlah cuba.

Apapun, jangan salahkan penjual pulak ya, sebab dia pun tak tahu setiap buah tu berapa banyak isinya.

Semga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memilih cempedak yang baik dan meriah isinya semasa membeli nanti.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×