Pengunaan yis aktif dalam pembuatan roti, donut dan sebagainya amat penting. Sebelum memulakan adunan, penting untuk anda uji yis terlebih dahulu untuk memastikan adunan yang dibuat naik dengan elok.
Namun, masih ramai lagi sebenarnya yang tidak tahu bagaiman cara tepat untuk memastikan yis dalam keadaam baik dan aktif sebelum digunakan. Ikuti perkongsian daripada Erah Syahirah di Facebook yang boleh anda cuba.
Baca juga: Jangan Buang Sisa Ikan Selepas Disiang, Boleh Guna Jadi Baja Tanaman
CARA NAK UJI YIS AKTIF ATAU TAK, BARULAH DOH CANTIK!
Nak share cara saya test yis , kalau roti tak naik, yis dah mati. Sebelum buat roti kita test dulu yis aktif ke tak dengan sudu plastik kalau melekat macam dalam video tu tandanya yis aktif. Selamat mencuba
– Masukkan sudu plastik kering ke dalam paket yis. Jika yis melekat pada sudu plastik bermakna yis tersebut aktif dan sesuai untuk digunakan membuat roti, donut dan sebagainya.
Senang kan? Harapnya lepas ini doh boleh naik dengan cantik dan gebu.
Sumber: Facebook Erah Syahirah