Rakyat

5 Perkara Yang Kita Mesti ‘Alert’ Tentang Penyakit Anjing Gila (Rabies)

56
SHARES

Tahukah anda tentang penyakit anjing gila atau rabies? Jika anda perasan, ia telah mendapat perhatian di dada akhbar dan berita sejak 3-4 hari yang lalu. Sehingga kini, penyakit anjing gila telah dikesan positif pada 3 orang kanak-kanak di Sarawak, dan baru sebentar tadi (4 Julai 2017) 2 orang mangsa disahkan telah meninggal dunia.

5 Perkara Yang Kita Mesti ‘Alert’ Tentang Penyakit Anjing Gila

Berikut adalah perkara yang perlu kita tahu tentang penyakit anjing gila atau rabies.

1. Apakah Penyakit Anjing Gila?

Penyakit anjing gila atau rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti virus tersebut.

Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka. Penyakit ini adalah sejenis penyakit akut yang menyebabkan radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis) hingga boleh membawa maut.

penyakit anjing gila

Foto Kredit: Public Health Malaysia

2. Simptom Dan Petanda

Menurut informasi melalui MyHealth, tanda-tanda awal termasuk rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan.

Selain daripada itu, seseorang yang terkena jangkitan ini mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiup­an angin (aerophobia).  Sesetengahnya pula berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. Apabila memasuki peringkat seterusnya, pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut.

Rujuk video di bawah untuk menyaksikan simptomnya yang pernah direkodkan di Iran bagi tujuan pembelajaran di kebanyakan Fakulti Perubatan di seluruh dunia hingga ke hari ini.

3. Kematian Banyak Berlaku Di kalangan Kanak-kanak

Menurut sumber, kes ini dahulunya hampir tidak dapat diselamatkan dan akan berakhir dengan kematian.

Namun kini, pemberian vaksin masih mampu mengelakkan penularan rabies. Walaupun begitu, gejala rabies selalunya mengambil masa 1-3 bulan sebelum seseorang mengesan simptomnya. Maka, dikhuatiri vaksinasi ini sudah terlalu lambat. Majoriti kematian berlaku di kalangan kanak-kanak.

Foto Kredit: Marcus Pheong via malaysiaupdates.com

4. Langkah Pencegahan Untuk Orang Awam

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati orang awam yang tinggal di daerah Serian agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies:

  • Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar;
  • Pastikan anjing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama anjing liar;
  • Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;
  • Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
  • Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

KKM juga telah mengingatkan daerah-daerah lain yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia supaya meningkatkan pemantauan kes gigitan anjing di daerah masing-masing.

Foto Kredit: Public Health Malaysia

5. Ambil Perhatian Walaupun Berada Di Luar Kawasan Endemik

Sungguhpun kes ini dikesan di Sarawak setakat ini, namun tidak salah jika kita semua mengambil tahu dan bersama-sama mengambil langkah pencegahan seperti yang dinyatakan di atas.

Menurut laporan Astro Awani pada tahun 2015, terdapat 3 negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang pernah diwartakan sebagai Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila (Rabies). Dalam tahun tersebut, 39 kejadian gigitan anjing pada manusia – 25 di Perlis, 9 di Kedah dan 5 di Pulau Pinang – di mana 10 telah disahkan positif rabies. Namun, kesemua mereka yang digigit telah pun mendapatkan rawatan berserta dengan vaksin anti-Rabies di hospital, berkeadaan stabil dan tiada gejala penyakit Rabies.

Paling Penting, Elakkan Kontak Dengan Anjing Liar

Demi langkah berjaga-jaga, elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik. Malah, Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Veterinar dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Sarawak (SSPCA) mengeluarkan arahan agar pemilik haiwan mengurung anjing peliharaan mereka buat sementara waktu dalam usaha mengawal wabak tersebut.

Buat pengetahuan umum, pihak Kementerian juga turut meningkatkan lagi pantauan dengan mengeluarkan health alert kepada semua pengamal perubatan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×