Dapur

Cara Masak Telur Separuh Masak Guna Air Fryer, Pasti Cair & Jimat Masa!

1
SHARES

Makan telur separuh masak ketika sarapan walaupun sebiji, memang kenyang sampai ke petang. Hal ini kerana telur separuh masak merupakan hidangan paling mudah disediakan dan mengenyangkan.

Untuk membuat telur separuh masak biasanya ia perlu didihkan air terlebih dahulu dan baru masukkan telur. Tetapi kali ini, cara masak telur separuh masak lebih mudah dan cepat dengan hanya menggunakan air fryer sahaja seperti yang dikongsikan di laman Facebook Puan Arina Rashid.

Baca juga: 5 Persiapan Untuk Ibu Hamil Menghadapi Banjir, Pastikan Semua Dah ‘Standby’!

CARA MASAK TELUR SEPARUH MASAK GUNA AIR FRYER

Ada peminat telur separuh masak kat sini? 

Ini kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning itu dia bagi kat mama, sabar sahaja lah. 

Mari rina nak share cara paling senang. Tak payah guna air atau bekas macam kat kedai makan itu. Tapi kena ada air fryer.

Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur itu. Cuba perati apa beza dia. Haa.. 

Ok cara rina buat telur separuh masak ini senang sangat. Basuh dulu telur bersih-bersih. Tak payah lap, masuk sahaja terus dalam bekas air fryer. 

Telur straight ambil dari counter (room temperature) bukan dari peti ais. 

Set kan suhu air fryer 100 darjah celsius dalam masa 10 minit. 

Selesai 10 minit, kalau suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas air fryer stop. 

Tapi kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan sahaja dahulu dalam air fryer itu. Biarkan sahaja dalam 5-10 minit. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas air fryer stop. 

Setting ini banyak kali dah rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah. 

Korang try and error dulu eh. 

Rina lagi suka jenis A. Ini letak lada hitam, makan dengan roti sapu marjerin dan bakar atas pan. Fuhh, ke bintang pergi dia. 

Sumber: Facebook Arina Rashid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×