40 Minggu

5 Persiapan Untuk Ibu Hamil Menghadapi Banjir, Pastikan Semua Dah ‘Standby’!

2
SHARES

Banjir adalah bencana alam yang tidak boleh dijangkakan. Paras air akan terus meningkat tanpa dijangka jika air hujan tidak berhenti turun. Banjir yang melanda sebelum ini, telah memusnahkan beberapa tempat tinggal, keperluan dan juga penduduk perlu dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Apabila banjir tersebut berlaku, anda perlu bijak dalam mengawal keadaan. Bagi yang mempunyai anak kecil atau ibu yang sedang sarat mengandung perlu mengetahui tips bagi menghadapi banjir yang telah dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat di laman Twitter.

Baca juga: Top 5 Pulau Peranginan Yang Best Untuk Bawa Keluarga Bercuti

1. Ibu hamil yang menanti saat bersalin, sediakan dan simpan kelengkapan bersalin dan barang-barang untuk anak yang bakal lahir di tempat yang mudah dicapai. Lebih baik jika tempat tinggal semasa banjir berada berdekatan dengan hospital.

Ataupun di luar kawasan banjir, sama ada di rumah saudara, hotel dan seumpamanya, senang untuk pergi hospital pada saat memerlukan.

2. Pastikan dokumen-dokumen penting seperti mykad, buku antenatal (buku pink), sijil nikah dan lain-lain dokumen penting dibawa bersama untuk kegunaan dan rujukan semasa bersalin.

Dapatkan nombor telefon bagi klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika berlaku kecemasan. Bagi ibu hamil yang belum lagi dekat dengan tempoh untuk bersalin, kenal pasti tempat tinggal, pusat pemindahan atau rumah saudara yang selamat dan sehampir mungkin dengan bantuan jika berlaku kecemasan.

3. Jangkitan penyakit bawaan air adalah suatu kebiasaan semasa dan selepas musim banjir. Air banjir mengandungi banyak kuman (virus, bakteria, kulat dan parasit) akibat bercampur dengan air kotor dan air kumbahan.

Kehamilan sendiri meningkatkan risiko ibu hamil mendapat penyakit bawaan air seperti tuan, kencing tikus dan seumpama dengannya. Dapatkan rawatan segera jika berasa tidak sihat.

4. Lindungi diri dari kecederaan. Kadang-kadang air banjir terdapat kaca, kayu, serpihan barangan tajam. Berhati-hati jika perlu meredah banjir. Gunakan kayu atau apa-apa objek jika anda ingin mengalihkan sebarang halangan di sekitar kawasan rumah bagi mengelakkan serpihan tajam dan ancaman binatang berbisa.

5. Air banjir atau air bertakung menggalakkan pembiakan nyamuk, sekaligus boleh menyebabkan wabak denggi. Jangkitan denggi pada wanita hamil jika tidak dikenalpasti dengan segera dan dirawat boleh menyebabkan kesihatan ibu merundum dan boleh membawa maut. Jika ibu hamil demam, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Saya doakan semua mak-mak mengandung yang terlibat dengan banjir sentiasa dalam perlindungan Allah.

Ya Allah, turunkanlah kami hujan yang bermanfaat.

Sumber: Twitter Dr Muhammad Izzat 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×