Rumah

Cara Disinfeksi Rumah Sendiri – Panduan Lengkap Oleh KKM

15
SHARES

CARA DISINFEKSI RUMAH SENDIRI – PANDUAN LENGKAP OLEH KKM

Jika anda atau ahli keluarga didapati positif COVID-19, mungkin anda tidak akan dibawa terus ke hospital sekiranya tidak bergejala kerana wad dan hospital yang semakin penuh.

KKM juga telah memaklumkan cara melaksanakan Pemantauan Kendiri Kes Positif COVID-19.

Oleh itu sekiranya anda dijangkiti atau duduk serumah dengan ahli keluarga yang positif COVID-19, di sini kami kongsikan cara disinfeksi rumah sendiri yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan penularan wabak kepada ahli keluarga terdekat.

Baca juga: Cara Buat Folder Whatsapp & Telegram Di HP. Senang Nak Asing Kerja Anak!

Apakah Disinfeksi?

Disinfeksi merupakan salah satu kaedah yang boleh mengawal dan mencegah penularan wabak COVID 19, dengan menggunakan teknik dan bancuhan yang betul.

Bancuhan disinfeksi adalah 1 bahagian cecair peluntur (mengandungi sekurang-kurangnya 5% kepekatan Sodium Hypochlorite) dan 9 bahagian air paip.

Lakukan disinfeksi di permukaan-permukaan yang kerap disentuh atau mudah tercemar.

Setelah selesai, pastikan anda membuang bancuhan disinfeksi dan membilas peralatan dengan air bersih serta dikeringkan.

Alat pelindung diri pakai buang seperti topeng muka dan apron perlulah dibuang.

Cara Disinfeksi Rumah Sendiri – Panduan Oleh KKM

Berikut adalah tatacara disinfeksi di rumah anda menurut panduan oleh KKM:

Bahan Disinfektan Yang Berkesan Untuk Membasmi COVID-19

Secara umumnya, produk pembersih yang didaftarkan seperti alkohol 70%, sodium hypochlorite (senarai penuh di
bawah) boleh digunakan untuk membersihkan permukaan dan kawasan rumah.

Senarai disinfektan bahan aktif dan kepekatan yang berkesan untuk membasmi COVID-19 bersama dengan masa
kontak adalah seperti berikut:

  • (1) Hydrogen Peroxide (0.5%) (1 min)
  • (2) Benzalkonium Chloride (0.05%) (10m)
  • (3) Chloroxylenol (0.12%) (10 min)
  • (4) Ethyl alcohol (70%) (10 min)
  • (5) Iodine dalam Iodophor (50ppm) (10m)
  • (6) Isopropanol (50%) (10m)
  • (7) Povidone-iodine (1% iodine) (1 min)
  • (8) Sodium Hypochlorite (0.05-0.5%) (5m)
  • (9) Sodium Chlorite (0.23%) (10m)

*Contoh produk : Clorox, Mr.Muscle, CIF, Dettol.

Cara Penyediaan Bahan Disinfeksi

Untuk membersihkankan permukaan, anda perlu menyediakan larutan disinfeksi berikut:

  • 5 sudu makan larutan sodium hipoklorit 5% + 3.8 liter air
    ATAU
  • 4 sudu teh larutan sodium hipoklorit 5% + 0.95 liter air
    ATAU
  • 1 bahagian larutan sodium hipoklorit 5% + 49 bahagian air

Untuk pembersihan premis kerja besar/ kilang/ kawasan perindustrian, anda boleh menghubungi syarikat-syarikat pembersihan profesional untuk khidmat disinfeksi dan pembersihan COVID-19.

Cara Disinfeksi Yang Betul & Teknik Yang Berkesan

Teknik disinfeksi yang ditunjukkan boleh dilakukan sama ada di rumah mahupun di premis-premis.

Boleh tonton video di bawah yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan WP Putrajaya mengenai cara-cara melakukan proses disinfeksi di rumah.

Selain membuat disinfeksi di rumah, kita juga perlu memberi perhatian khusus dalam mencuci pakaian pesakit COVI-19 yang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Ikut saranan yang tersenarai di bawah ketika mencuci pakaian dan linen pesakit COVID-19.

cara cuci pakaian pesakit covid19

Pastikan pelitup muka dan sarung tangan pakai buang dipakai semasa mengendalikan pakaian dan linen kotor.

Cuci tangan dengan air dan sabun selepas menyidai pakaian dan linen.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×