Kini Trending

Cara Daftar Akaun TikTok Shop Untuk Followers Bawah 1k, Mudah Nak Berniaga!

401
SHARES

Aplikasi TikTok menjadi antara aplikasi paling banyak dimuat turun di seluruh dunia. Pelbagai tips, tutorial, video masakan dan banyak lagi boleh ditonton melalui TikTok. Selain itu, TikTok juga memperkenalkan TikTok Shop dan peniaga sudah tentunya mengambil peluang ini untuk menambah pendapatan. Jadi, bagi anda yang tak tahu cara daftar akaun TikTok Shop, berikut merupakan caranya. Mudah dan cepat!

Baca juga: Step-By-Step Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin (iSarawakCare) Untuk Penduduk Sarawak

CARA DAFTAR AKAUN TIKTOK SHOP UNTUK FOLLOWERS BAWAH 1K

Actually ada 2 cara nak register TikTok Shop:

  • Akaun TikTok
  • Google

Kalau korang nak register melalui akaun TikTok, korang kena ada sekurang-kurangnya 1,000 followers. Kalau tak ada, korang boleh register melalui Google.

Cara-caranya: 

1. Buka Google & type ‘register tiktok shop seller center’ ataupun click je link ni terus > seller-my.tiktok.com/account/regist…

TIKTOK SHOP

2. Isi semua information yang dia minta tu.

Kalau korang problem dekat nombor telefon already used tu, korang letak je no phone sesiapa, sebab itu untuk verification code sahaja.

Dekat part address tu baru letak nombor telefon korang, untuk urusan business. Tu kalau letak nombor telefon yang already used pun tak ada masalah.

3. Dekat part business type tu, korang pilih sama ada ‘Corporation’ atau ‘Individually’.

Corporation tu sesiapa yang ada SSM boleh la pilih tu. Nanti kena masukkan no SSM & gambar SSM.

Kalau tak ada SSM atau dah expired, pilih individually je. Masukkan nombor IC & gambar IC.

4. Lepas dah isi semua information, click Submit.

Then tunggu sistem buat semakan & apa apa akan masuk email kita. Usually ambik masa dalam 1-2 hari macam tu.

5. Kalau dah berjaya register, korang akan dapat email macam tu.

6. Then dah boleh terus download aplikasi ‘TikTokSeller’.

7. Log in aplikasi tu guna akaun TikTok, nombor telefon or email yang korang dah register.

TIKTOK SHOP

8. Then link kan dengan akaun shop korang tu dengan acc TikTok korang & click ‘Authorize’.

9. Lepastu dah boleh la upload segala barang business korang & dia akan auto keluar dekat akaun TikTok yang korang dah link kan tadi.

Dekat aplikasi TikTok biasa tu tak boleh upload or nak tengok ada order ke tak tau. Kena guna aplikasi TikTok Shop sahaja. Selamat mencuba!

Sumber: Twitter Anis Suraya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×