Famili

Step-By-Step Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin (iSarawakCare) Untuk Penduduk Sarawak

2
SHARES

Berita gembira buat penduduk Sarawak, anda boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB) dan ia merupakan inisiatif Kerajaan dengan pemberian sebanyak RM450.00 kepada setiap ibu yang melahirkan anak.

Anda boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin setiap kali anda melahirkan anak dengan syarat wajib memohon dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin. Ikuti caranya di bawah.

Baca juga: 11 Langkah Penting Untuk Mohon & Isi Borang Nikah, Bakal Pengantin Wajib Tahu!

CARA MOHON BANTUAN IBU BERSALIN UNTUK PENDUDUK SARAWAK

1. Download app IsarawakCare di play store atau apple store, lepas tu registered. Lepas registered tekan *For newborns ataupun For Mothers*.

2. Isi maklumat sendiri dan gambar passport anda.

3. Pastikan maklumat yang diisi sama seperti dalam kad pengenalan ya.

4. Step yang ni ramai yang gagal sebab upload gambar kurang jelas.

– Kad pengenalan depan belakang anda.

– Buku pink si ibu, bukan buku pink baby girl.

– Sijil nikah original

– Surat discharge dari hospital dalam buku pink kita.

– Bagi yang ada kad memeluk agama islam wajib upload, kalau yang dah islam tak perlu. Hanya untuk yang baru memeluk islam sahaja.

5. Maklumat suami.

6. Okay yang ni mesti pakai bank sendiri okay. Bank suami saya tak pasti. Kalau korang nak cuba pakai bank suami cuba je. Pastikan upload bank statement ya, boleh check bank statement sendiri tanpa perlu pergi bank.

7. Maklumat diri sendiri pendidikandan status perkerjaan anda.

8. Bagi yang ada anak boleh isi, untuk anak yang baru lahir tak perlu isi. Hanya isi maklumat anak yang dah lama lahir.

9. Yang bahagian ni anda tak perlu tekan apa-apa. Biarkan sahaja.

10. Okay yang untuk maklumat mak, anda tick 2 bawah ya.

11. Untuk maklumat anak, kalau tak dapat pakai mykid, boleh pakai surat beranak. Asalkan anda isi bahagia*BIRTH CERTIFICATE NO.* Ya atas sijil lahir anak. Jangan lupa upload gambar sijil lahir anak or mykid anak ya.

12. Bila dah submitted sistem akan start proses okay.  Bila approved hanya tunggu email masuk okay, pasti kan masa registered email anda active. Masa nak tunggu email masuk ada yang sampai sebulan lebih, ada yang tak sampai sebulan email masuk. Bila email dah masuk hanya tunggu duit masuk dalam sejam macam tu lah.

Semoga berjaya!

Sumber: Facebook Nurul Azizah Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×