DIY & Kraf

Tips Cuci Comforter Guna Mesin Dobi Layan Diri, Jangan Pandai-Pandai Sumbat Je!

55
SHARES

“Susahnya nak basuh comforter ni..”

Mencuci pakaian di pusat dobi bukan hanya semata-mata perkara yang mudah dilakukan. Rupanya anda perlu membaca dahulu panduan mencuci yang ada di pakaian yang hendak dicuci juga, panduan di pusat dobi tersebut. Bagi anda yang ingin mencuci comforter macam apa yang dibuat di dobi, jangan tahu sumbat sahaja ya kerana ini beberapa perkara yang anda perlu buat kalau tak mahu comforter rosak!

Baca jug: Alamak Roadtax Koyak! Ini Cara Mohon Sticker Roadtax Rosan & Hilang Dari JPJ

TIPS CUCI COMFORTER CARA DOBI LAYAN DIRI

1.Periksa label pada comforter untuk memastikan ia sesuai untuk cucian mesin dan suhu air yang dibenarkan.

2.Pastikan tiada bahagian yang terkoyak atau tetas jahitan- ini untuk mengelakkan bahagian yang terkoyak menjadi lebih besar.

3.Pre-wash : Cuci bahagian kotor yang kelihatan (stain) menggunakan cecair pencuci.

4.Masukkan comforter ke dalam mesin basuh.

5.Untuk cucian yang lebih berkesan, guna mesin basuh yang besar dan satu mesin basuh untuk satu comforter.

6.Pilih suhu basuhan mengikut kesesuaian fabrik.Apa yang dicadangkan adalah untuk menggunakan mode cucian PANAS bagi membunuh kuman ‘dust mite’.

7.Masukkan sabun dan pelembut fabrik di intlet masing-masing. Gunakan sabun yang lembut (mild).

8.Selepas selesai cucian, keringkan menggunakan mesin pengering pada suhu yang tinggi. Suhu pengeringan yang tinggi dapat membunuh hama.

9. Periksa kekeringan comforter sebelum masa tamat.Tambah pusingan masa jika memerlukan. Masa yang dicadangkan adalah selama 27-30 minit.

10. Kalau ada masa yang panjang, anda boleh sahaja sidai comforter di bawah cahaya matahari.

Sumber: Bubble Laundrette Station

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×