Dapur

Cara Buat Garlic Spread Roti Guna Bahan ‘Fresh’ Macam Makan Di Restoran Barat

29
SHARES

Garlic spread merupakan antara penambah rasa bersama roti yang paling digemari ramai tidak kira usia. Rasa roti yang tawar pun akan menjadi sedap apabila ditambah garlic spread yang seringkali diguna di restoran makanan barat. Bukan sahaja enak, garlic spread bersama roti ini juga sangat sesuai untuk dimakan bagi anda yang nak diet! Jom cuba!

DIY GARLIC SPREAD

Harum semerbak garlic spread ni. Bahan-bahannya :

-1 tub salted marjerin/ 1 buku butter

-Lembutkan pada suhu bilik.

-2 labu garlic

-2 sudu fresh parsley dicincang atau italian herbs kering (ada campuran thyme, basil, oregano)

-2 sudu teh black pepper

-3 sudu olive oil

-2 sudu parmesan cheese-optional

1. Paling best guna 2 labu garlic untuk 1 tub butter. Belah separuh dengan kulit dan renjis minyak zaitun kat atas. Bakar.

2.Bakar selama 5 minit. Suhu 180-200c. Keluarkan isinya yang lembut dari kulit.

3. Lenyekkan garlic. Campurkan herbs, black pepper, parmesan, olive oil. Gaulkan kedalam butter yang lembut.

4. Sapukan pada roti. Dapat french bread ni sedap. Tak pun artisan bread + mushroom sup. Sapu pada steam jagung pun sedap.

*Nampak menyelerakan bukan? Boleh cuba!

Sumber: Ena Mohd Arip

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×