Dapur

Cara Buat Fucuk Soya ‘Homemade’, Sama Macam Dekat Kedai!

50
SHARES

Pasti ramai dalam kalangan kita yang mengemari soya. Pelbagai sajian hidangan dapat dihasilkan dengan menggunakan kacang soya. Antaranya ialah taufu fa, tempe dan air soya. Rupanya ada cara buat fucuk secara homemade saja.

Tahukah anda dengan menggunakan soya kita boleh membuat fucuk soya. Fucuk soya kering sesuai dimasukkan ke dalam pelbagai masakan seperti lontong. Mudah sahaja rupanya cara pembuatan fucuk ini. Nak cuba? Jom baca cara-cara membuat fucuk homemade.

Baca juga: Cara Tanam Daun Kesum, Dalam 3-4 Hari Dah Tunjuk Hasil!

CARA-CARA BUAT FUCUK SOYA HOMEMADE, SAMA MACAM DEKAT KEDAI

Bahan-bahan:

  • Kacang soya kering
  • Sedikit air
  • Batang lidi

Cara-cara pembuatan:

1. Rendam semalaman kacang soya. Setelah dibiarkan satu malam, tos dan buang kulit soya.

2. Soya dikisar bersama sedikit air. Kisar sehingga lumat.

3. Tapiskan soya mengguna penapis dan masak atas api perlahan. Buang buih-buih permukaan supaya fucuk dapat dihasilkan dengan cantik.

4. Angkat fucuk dan letakkan pada batang lidi.

5. Buat sehingga siap dan sidaikan untuk keringkan fucuk.

6. Simpan dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dimasak.

cara buat fucuk homemade

cara buat fucuk homemade

Mudahkan? Boleh dah masak pelbagai jenis hidangan berasaskan fucuk.

Sumber: Tiktok Plcey16

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×