Bersalin

Cara Bersihkan Uri Bayi, Semua Bakal Bapa Wajib Tahu!

113K
SHARES

Masih ramai ibu bapa di luar sana kurang arif mengenai apa itu uri anak atau nama saintifiknya, plasenta. Uri ini boleh dikatakan sebagai ’tilam’ atau ‘peneman’ bayi ketika di dalam kandungan. Setelah isteri melahirkan anak, uri anak akan diberikan kepada si suami supaya diuruskan untuk proses membersihkan sebelum dibalut dan tanam. Jadi, wanita ini kongsi cara uruskan uri anak sebelum para lelaki bergelar suami.

CARA NAK BASUH URI BAYI


Cara nak basuh uri bayi, semua lelaki patut tahu sebelum menjadi seorang suami. Lepas isteri bersalin, doktor passkan kita satu plastik berisi uri. Inilah rupa uri. Ni cara nak uruskan uri:

BASUH GUNAKAN GARAM & LIMAU



Beli garam, boleh juga gunakan limau purut kalau uri tu dah membusuk. Limau cuma nak hilangkan bau. Buka plastik uri di depan air paip mengalir. Basuh uri dan darah pada uri dengan garam dan limau sampai darah mengalir tu hilang.

Cangkul tanah dalam-dalam supaya haiwan liar tak boleh hidu bau uri. Kalau susah sangat, cari batu besar dan tindih atas tempat uri tu ditanam supaya binatang liar tak gali tanah tu.

CUKUP DENGAN BISMILLAH & SELAWAT KEATAS NABI

Masa menanam, tak perlu menghadap kiblat ataupun baca apa-apa. Cukup dengan lafaz Bismillah dan selawat ke atas Nabi.

*Semoga bermanfaat!

Sumber: Eleanor

Most Popular

To Top