Rakyat

Cadangan Waktu Perjalanan Perayaan Tahun Baharu Cina, Rancang Jadual Barulah Tak Sesak

2
SHARES

Sempena Cuti Perayaan Tahun Baharu Cina, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan untuk pengguna Lebuhraya Utara Selatan dari Lembah Klang yang ingin menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak, Johor dan lain-lain negeri.

Sekiranya anda ingin memulakan perjalanan keluar dari Lembah Klang di antara 19 Januari hingga 22 Januari ini dinasihatkan supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum jam 9:00 pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Baca juga: Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina, Ini 3 Kategori Kenderaan Dilarang Atas Jalan Raya

CADANGAN WAKTU PERJALANAN PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA

Cadangan Waktu Perjalana

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) ini berperanan untuk mengelakkan kenderaan ke pelbagai destinasi bertemu di lokasi-lokasi ‘hot spot’ tertentu di lebuh raya dan terperangkap di dalam kesesakan.

Berdasarkan jadual tersebut, pengguna jalan raya yang ingin menghala ke destinasi lain dari Lembah Klang boleh memasuki  yang menghala ke destinasi-destinasi lain yang lebih hampir dengan Lembah Klang dinasihatkan mula memasuki Lebuhraya Utara-Selatan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak, Johor dan lain-lain negeri dinasihatkan bermula sebelum jam 9:00 pagi.

Pastikan servis kenderaan anda dan sekiranya anda masuk dari plaza tol menggunakan lorong RFID, anda juga mestilah keluar menggunakan lorong RFID. Pandu cermat, jiwa selamat.

Sumber: PLUS Malaysia Berhad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×