Rakyat

Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina, Ini 3 Kategori Kenderaan Dilarang Atas Jalan Raya

12
SHARES

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut tidak lama lagi, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melaksanakan larangan pemanduan ke atas kenderaan berat pada 20 hingga 21 Januari dan 24 hingga 25 Januari.

Jelasnya, larangan tersebut bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya akibat percampuran trafik.

Baca juga: 3 Sungai Hotspot Lemas & Kepala Air Di Hulu Selangor, Hati-Hati!

KATEGORI KENDERAAN BERAT DILARANG ATAS JALAN RAYA

KATEGORI 1 (Sepanjang Masa) 

1. Car carrier, tipper, dumper, tipping (melebihi 7,500kg), low loader, pole trailer, bulk cement tanker, platform trailer, lori balak, jentera berat beroda & traktor.

2. Lori pengangkut simen, besi keluli, batu, pasir, tanah, bahan binaan lain, amang, bijih timah, arang batu & bahan galian lain.

KATEGORI 2 (12.00 Tengah Malam – 8.00 Pagi) 

1. Lori kontena yang mengangkut barangan selain lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan / lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri yang sama & sebaliknya.

2. Lori mengangkut barangan elektronik & elektrik / bahan industri dari pelabuhan / lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri & sebaliknya.

3. Lori mengangkut barangan pengeluaran hasil sawit & getah dari ladang ke kawasan industri.

4. Lori kargo tanpa muatan.

KATEGORI 3 (6.00 Petang – 6.00 Pagi)

– Dalam jarak 25km dari tapak pembinaan tertakluk masa operasi yang dibenarkan di jalan tertentu.

1. Kren bergerak & lori pembancuh simen.

Jentera berat beroda & kren bergerak adalah diberi pengecualian melaksanakan kerja-kerja kecemasan. Mana-mana kenderaan barangan /dengan jenis barangan yang tidak dinyatakan dalam jadual adalah dibenarkan menggunakan kenderaan dalam tempoh larangan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat kaedah/perintah serta butiran terperinci mengenai larangan berkenaan di laman sesawang www.lom.agc.gov.my.

Sumber: Instagram JPJ Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×