Famili

Budak Lelaki 3 Tahun Maut Didera Di Rumah Pengasuh

7
SHARES

Di Johor, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai didera di rumah pengasuh yang merupakan kenalan kepada bapa kanak-kanak berkenaan.

Bapa mangsa difahamkan mengupah suspek lelaki itu untuk menjaga dua orang anaknya sejak tiga bulan lalu kerana dia dan isterinya bekerja di luar daerah.

Baca juga: Bahaya Kalau Anak Tertelan Bateri, Ada Bahan Kimia Boleh ‘Bocorkan’ Saluran Makanan

BUDAK LELAKI 3 TAHUN MAUT DIDERA DI RUMAH PENGASUH

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, rakan lelaki bapa kanak-kanak itu berusia 28 tahun dan pembantu rumah wanita yang juga warga asing berusia 40 tahun sudah ditahan di kediaman lelaki itu di Taman Mutiara Emas, Skudai, di sini, semalam.

“Bapa mangsa bergegas pulang apabila suspek menghubunginya dan memaklumkan anak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan meninggal dunia di bawah jagaannya, malam kelmarin.

“Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum sepasukan polis menyerbu rumah suspek. Hasil siasatan lanjut, rakan lelaki bapa mangsa juga turut ditahan,” ujarnya.

Pemeriksaan awal mendapati tubuh kanak-kanak lelaki itu ada kesan lebam dan akan menjalani bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

Kredit: BH TV

Suspek meminta bayaran sebanyak RM2,800 sebulan untuk menjaga dua orang anak mangsa iaitu buda lelaki yang meninggal dunia dan adik perempuannya berusia setahun.

Katanya, polis sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah suspek selain merampas beberapa barang kes bagi siasatan lanjut.

Siasatan lanjut mendapati suspek lelaki tiada rekod jenayah lampau dan kedua-dua suspek akan direman serta disiasat kerana membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×