Famili

Bahaya Kalau Anak Tertelan Bateri, Ada Bahan Kimia Boleh ‘Bocorkan’ Saluran Makanan

8
SHARES

Kes anak tercekik sering kali terjadi dan perkara tersebut sudah tentunya amat merisaukan para ibu bapa kerana boleh meragut si anak. Antara kes yang sering terjadi ialah anak tercekik mainan, guli dan bateri.

Perlu diingatkan untuk ibu bapa di luar sana, jika anak-anak tercekik bateri ia sangat membahayakan dan anak perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Baca juga: Tak Makan Pelik Tapi Kenapa Kentut Bau Busuk? Sebab Ini Rupanya…

BAHAYA KALAU ANAK TERTELAN BATERI, ADA BAHAN KIMIA

Jika anak kecil tertelan bateri, air liur akan bertindakbalas dengan bateri menghasilkan cas cas elektrik. Bahan kimia akan bocor lalu menyebabkan kesan terbakar & kebocoran pada dinding saluran pemakanan.

Situasi ini sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, jika anda menggantikan bateri kecil untuk remote control, alat permainan, kalkulator, jam sila pastikan bateri ini tidak diletakkan merata-rata tempat.

Pastikan peralatan dan pemainan yang menggunakan bateri di skru dengan ketat. Letakkan bateri ini di tempat yang tinggi dan selamat.

Jika mengesyaki anak tertelan bateri, jangan tunggu lama untuk tunggu bateri keluar ke najis, dapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan segera dengan doktor.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×