Air kelapa sudah dikenal punya banyak manfaat bagi tubuh. Tak hanya menyegarkan tubuh saat cuaca panas, air kelapa juga dapat menambah elektrolit dan mineral pada tubuh. Selain itu, jika amalkan air kelapa selama seminggu, anda mudah membuang air besar dan dapat elakkan daripada masalah sembelit. Ini kerana air kelapa mengandungi fiber yang sangat diperlukan oleh tubuh.
Kebaikan ini diulas dengan lebih lanjut oleh Mazliana Mazlan di laman Facebooknya. Yang paling penting pastikan anda minum air kelapa tanpa ditambah gula tau. Barulah kelebihannya boleh dirasai secara asli.
Baca juga: Top 5 Pulau Peranginan Yang Best Untuk Bawa Keluarga Bercuti
BIASAKAN ANAK MINUM AIR KELAPA SEMINGGU SEKALI
Air kelapa, bagi anak minum paling kurang seminggu sekali. Sungguh kena jadi air favourite anak, terutama waktu anak tak sihat.
Demam, cari air kelapa
Batuk, cari air kelapa.
Kahak, cari air kelapa.
Sakit perut, cari air kelapa.
Muntah, cari air kelapa.
Cirit, cari air kelapa.
Real food, bantu penyembuhan kan, dengan izin Nya. Kena cuba, baru tahu. Kita kena tukar sikit. Kalau dulu bila anak tak sihat tak bertenaga, ada yang bagi air seratus tambah. Tapi sekarang, kita cuba cari air kelapa okey. Paling sihat kan.
Air kelapa berganda lagi dengan khasiat mineral dan vitamin yang anak-anak perlukan terutama waktu sakit. Air kelapa bantu keluarkan toksin dari badan anak. Air detox semulajadi, yang kita kena ajar anak minum.
Umur berapa boleh minum? Umur 6 bulan ke atas dah boleh minum. Sikit sahaja beberapa sudu dah cukup.
Kalau anak alahan? Kalau anak ada alahan naik gegatal lepas minum, elakkan dulu. Anak eczema boleh sahaja minum kalau tak flare lepas minum.
Air kelapa potong ubat? Air kelapa tinggi dengan mineral dan vitamin, ada sesetengah ubat tak digalakkan ambil bersama air kelapa. Sebaiknya, jarakkan penggunaan ubat dan air kelapa dalam 1-2 jam macam itu.
Kita cuba sama-sama ya. Nampak sahaja anak mula tak sihat, air kelapa yang kita cari dulu.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan