Perjalanan biasa penumpang sebuah tren bertukar kecoh, apabila puluhan belut terlepas daripada salah satu tiga bekas plastik yang dibawa seorang penumpang sebelum haiwan berkenaan mula merayap di atas lantai gerabak.
“SELAMAT BUKAN ULAR” – PULUHAN BELUT HIDUP MERAYAP DALAM TREN

Penumpang turut bantu tangkap belut
Dalam rakaman tersebut, puluhan ekor belut dilihat bergerak di sekitar kaki seorang lelaki yang dipercayai membawa tiga bekas plastik tersebut. Lelaki berkenaan kemudian kelihatan tergesa-gesa membongkok untuk mengutip haiwan licin itu dan memasukkannya kembali ke dalam bekas.
Usaha mengumpulkan semula haiwan itu bukanlah mudah.
Beberapa penumpang gerabak yang berada di sekitar lokasi turut tampil membantu selepas melihat keadaan tersebut. Mereka dilihat membongkok dan cuba menangkap belut yang bergerak pantas bagi mengelakkannya terus merayap di dalam gerabak.
Kejadian berkenaan kemudiannya mencetuskan perbincangan dalam talian mengenai bagaimana haiwan hidup itu boleh dibawa masuk melalui pemeriksaan keselamatan di stesen.

Ikan hidup dibenarkan dalam bekas tertutup
Menurut Peraturan Transit Rel Nanjing, unggas hidup dan haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke stesen, kecuali anjing pemandu dan anjing polis. Bagaimanapun, peraturan berkenaan tidak mempunyai peruntukan khusus yang melarang haiwan akuatik hidup.
Seorang wakil khidmat pelanggan dilaporkan menjelaskan bahawa ikan hidup dibenarkan dibawa ke dalam tren dengan syarat ia diletakkan dalam bekas yang ditutup rapat. Jumlah keseluruhan yang dibawa oleh penumpang pula tidak boleh melebihi 20 kilogram.
Penumpang yang merakam video kejadian turut mendakwa pihak Nanjing Metro telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.
Pihak pengurusan kemudiannya memaklumkan bahawa gerabak yang terlibat akan dibersihkan bagi memastikan kebersihan dan keselesaan penumpang lain.
Kejadian berlaku pada Isnin, 17 Ogos lalu di sebuah tren Nanjing Metro, Jiangsu, China dan sempat dirakam penumpang sebelum videonya tular di media sosial.
17日晚,南京地铁,一桶黄鳝洒在车厢里,令周围乘客不适。按规定活物是不能带上地铁的,幸亏不是一桶蛇,所以地铁安检就是个笑话。 pic.twitter.com/di6vnmGpRv
— 作家崔成浩 (@cuichenghao) August 17, 2026
Sumber: Must Share News
FT Image: X @cuichenghao
