Rakyat

Bayi Usia 20 Hari Meninggal Dunia Akibat Tersedak Susu

10
SHARES

Ramai dalam kalangan ibu yang menyusu seringkali risau apabila terbaca banyak kes kematian melibatkan bayi terutama ketika menyusu. Hal ini kerana, insiden tersedak semasa menyusu boleh membawa maut tambah pula jika bayi tersebut masih lagi berusia beberapa hari.

Terbaharu di Iskandar Puteri , Johor Bharu, seorang bayi perempuan berusia 20 hari meninggal dunia disyaki akibat tersedak susu dalam kejadian di rumah keluarganya di Forest City, Tanjung Kupang di sini kelmarin.

BAYI SEDANG MENYUSU

Gambar hiasan.

Memetik laporan Kosmo yang menemubual Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, bayi berkenaan disedari tidak sedarkan diri oleh bapa angkatnya ketika kejadian pada pukul 10 pagi.

Menurutnya, bayi berkenaan sedang menyusu di rumah sewa bapa angkatnya di Tanjung Kupang. Lelaki berusia 35 tahun itu kemudian mendapati anak perempuannya sudah tidak bergerak dan disyaki tidak bernyawa.

Kemudian, dia menghubungi Klinik Kesihatan Tanjung Kupang. Apa yang menyedihkan adalah apabila pemeriksaan pihak klinik mengesahkan bayi tersebut telah meninggal dunia.

Dzulkhairi berkata, mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

Katanya, bayi perempuan berkenaan dilahirkan di HSA pada 27 September lalu belum didaftarkan dan dipercayai anak tidak sah taraf.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×