Inspirasi

Baru Usia 14 Tahun Dah Jadi Chemist Paling Muda Makmal Kimia Universiti Machigan

82
SHARES

“Dah besar nanti adik nak jadi saintis tau ibu…”

Selain polis dan cikgu, anak-anak sering menyatakan cita-cita mereka adalah untuk menjadi seorang saintis dan semestinya subjek kimia merupakan subjek yang penting untuk menjadi saintis. Begitulah kanak-kanak berumur belasan tahun ini, beliau berjaya capai cita-citanya di usia muda menjadi chemist.

MENYERTAI PERTANDINGAN ‘YOU BE THE CHEMIST’

Daniel Liu kanak-kanak berusia 14 tahun telah berjaya menerbitkan ‘research paper’ untuk Journal of the American Chemical Society (JACS) merupakan ahli baru yang paling muda kepada makmal kimia Malanie Sanford di Machigan Universiti, Ann Arbor. Liu berminat dengan subjek kimia ketika berusia 10 tahun apabila menyertai pertandingan ‘You Be The Chemist’ pada 2015.

BEKERJA LEBIH 10 JAM SEMINGGU & AMBIL 12 JAM KREDIT

Keluarga Liu berpindah dari Ohio ke Machigan supaya Liu dapat menyambung pelajarannya di universiti berkenaan. Liu bekerja lebih 10 jam seminggu dan mengambil 12 jam kredit yang merupakan keperluan universiti yang telah bermula sejak September lalu.

Institut yang kini Liu melanjutkan pelajarannya hanya menerima 2 orang pelajar sekali dalam beberapa tahun. Liu kini bekerja bersama Ellen Aquilera dalam memperbaiki molikul aktif biologi. “Memberi bimbingan untuk Liu tidak banyak beza bekerja dengan mereka yang berusia lebih daripadanya” kata Malanie Standford.

MERAGUI LIU BERUSIA MUDA MENUNTUT DI UNIVERSITI

Walaupun berusia lebih muda dari yang lain, Liu juga mahu dilayan seperti yang lain. “Mereka sangat menerima kehadiran Liu menuntut di sana” kata Liu. Pada mulanya, mereka juga meragui yang kanak-kanak berusia belasan tahun ini dapat ‘survive’ di universiti itu. Tetapi, Liu sebenarnya bagus dan tak berbeza dengan yang lain.

*Bagus kan Liu ni? Sangat berfikiran jauh dan memikirkan masa depan.

Sumber: Chemistry World

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×