Sihat

Baru Tahu Lobak Putih Boleh Sembuhkan Penyakit Kulit, Campur Je Dalam Sup

28
SHARES

Lobak putih merupakan lauk berpantang paling popular dalam kalangan bangsa Cina kerana banyak khasiat untuk kesihatan diri. Selain itu, buat anda yang tak tahu, lobak putih juga merupakan penawar utama untuk ekzema seperti yang dikongsi oleh Puan Mizhana Padzi di laman Facebook.

Jelasnya, semakin kerap makan lobak putih, semakin laju kulit akan bebas daripada ekzema. Lobak putih boleh dicampur di dalam sup ayam atau ikan untuk menaikkan lagi rasa asli sup tersebut.

Baca juga: Cara Beritahu Doktor Masalah Kesihatan Dengan Betul, Baru Mudah Faham

BARU TAHU LOBAK PUTIH BOLEH SEMBUHKAN PENYAKIT KULIT, CAMPUR DALAM SUP

LOBAK PUTIH

Ayah saya ajar, lobak putih harus dimasukkan dalam sup nasi ayam untuk naikkan rasa asli sup ayam.  Jadi, saya akan masukkan lobak putih yang dihiris nipis dalam sup ayam atau sup ikan merah.

Sup ayam dan sup ikan merah yang dicampur lobak putih dan direneh hingga lobak putih lembut memang sangat sedap sebenarnya, anda wajib cuba di rumah.

Perubatan tradisional Cina mengatakan, eat radish during winter and eat ginger during summer will keep your doctor away. Berbeza dengan pepatah orang putih iaitu eat an apple a day will keep your doctor away, maka sebab itulah masyarakat Cina dan sepupu mereka seperti masyarakat Korea dan Jepun makan lobak putih setiap hari macam.

Ini kerana mereka percaya lobak putih mampu menguatkan sistem pertahanan tubuh secara semulajadi, menguatkan tulang, menguatkan buah pinggang serta melancarkan aliran darah di samping ia terkenal sebagai penawar segala penyakit kulit jika diamalkan.

Diharapkan ramai ibu-ibu di rumah mula ajar anak-anak makan lobak putih memandangkan masalah kulit dalam kalangan anak-anak sekarang kian meruncing. Sup kaki ayam campur lobak putih kaya natural glutamine, tinggi protein serta sumber hyaluronic acid dan kolagen yang penting untuk kesihatan dan keanjalan kulit.

Jangan lupa amalkan!

Sumber: Facebook Mizhana Padzi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×