Rumah

Barangan Percuma Atau Insentif Hartanah, Mana Satu Yang Utama? Ini Yang Anda Perlu Tahu Bila Nak Beli Rumah!

32
SHARES

Nak mencari rumah idaman ni bukan mudah. Banyak benda kita kena fikir supaya tak rasa menyesal kemudian hari. Oleh itu, penting untuk anda luangkan masa meneliti dan membuat perancangan dengan memberi fokus yang lebih dan perancangan masa depan terhadap hartanah tersebut.

Rasanya mana yang lebih utama bagi anda? Adakah dengan menerima barangan percuma dari pemaju atau mendapat insentif hartanah seperti kewangan dan sebagainya. Masing-masing ada kriteria peribadi sendiri untuk memilih kan? Jadi, jom kita tengok apa kelebihan antara dua perkara ini.

1. Barangan atau perabot percuma – Kos belanja masuk rendah

Satu benda yang anda kena tahu sebelum pindah rumah adalah, harga kelengkapan rumah sememangnya tidak murah. Peti ais, katil, tilam, lampu dan TV sahaja kesemuanya mampu mencecah lebih dari RM8,000 tau!

Sudahlah berhabis bayar deposit rumah, kena fikir pula kos belanja perabot dan kelengkapan lain. Serabutnya! Tak perlu pening-pening lagi, cari saja rumah yang dah tersedia dengan barangan ataupun sejenis fully furnished.

Bukan sahaja kos nak belanja masuk rumah rendah, fikiran anda pun menjadi lapang dan anda akan rasa lebih selesa untuk mulakan kehidupan baru.

2. Insentif Hartanah – Tawar pakej yang menarik buat pembeli

 “Insentif hartanah penting untuk saya sebab biasanya banyak faedah menarik yang ditawarkan!”

Ye betul! Dari kos guaman hingga duti setem, benda ni boleh menyusahkan dan dianggap kos tersembunyi yang kita terlepas pandang dari semasa ke semasa.

Jadi, bila dapat insentif hartanah dari pemaju ni memang seronok lah! Biasanya mereka menawarkan pakej yang lebih menarik antaranya diskaun tambahan, rebat dan lain-lain mereka yang akan setelkan untuk menarik minat pembeli. Jadi dari situ, boleh lah rebut peluang untuk nikmati faedah-faedah tersebut. 

Anda pula bagaimana?

Ha…cakap pasal nak miliki kediaman ni, sebenarnya kami ada berita gembira tau dari LBS Bina Group Berhad (LBS). Mereka ni adalah pemaju perbandaran terkemuka di Malaysia! Jom tengok apa yang mereka nak bagi…

Join kempen LBS Fabulous Extra 2022-23 & berpeluang menang hadiah bernilai sehingga RM1.5 Juta!

Kalau anda nak tahu, kali ni mereka ada kempen menarik iaitu LBS Fabulous Extra 2022-23 di mana ia menawarkan hadiah lumayan dan juga pelbagai insentif lain yang anda boleh dapat dari cabutan bertuah tersebut.

Kempen ini juga hadir dengan hadiah EXTRAAAA bernilai sehingga RM1,500,000 tau! Paling best, hadiah utama yang mereka bagi adalah Perodua Axia 100G std. Selain itu, ada juga hadiah menarik yang lain bagi tempat pertama hingga ke empat yang anda boleh dapat!

Eh, bukan tu saja, ada hadiah saguhati jugak tau! Antaranya adalah Samsung Washer Machine, Elba ERC, Haier Robotic Pressure Cooker, Sharp Pressure Cooker dan banyak lagi!

Seronoknya! Haa…yang penting anda perlu lah membeli hartanah dengan mereka berharga daripada RM300,001.00 dan ke atas daripada projek terpilih LBS Bina Group of Companies ni. 

Tunggu apa lagi? Jom miliki rumah idaman anda serta nikmati tawaran menarik dari LBS Bina harini juga!

Menarik kan? Jangan tunggu lama-lama lagi. Anda boleh tengok senarai kediaman hartanah LBS dan buat pilihan sekarang! Kami yakin anda akan dapat rumah idaman anda dengan LBS!

Untuk maklumat lanjut tentang kempen LBS Fabulous Extra, boleh terus layari laman sesawang LBS Bina Virtual Fair. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×