Kini Trending

Bapa Laung Azan, Anak Usia 3 Tahun Korban Pertama Banjir Pantai Timur

8
SHARES

Di Terengganu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi korban pertama banjir di Pantai Timur. Mangsa dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam tali air di Kampung Kebor Besar.

Ketika kejadian, Muhammad Sufi melihat air banjir bersama bapanya, Sobre Ramli, 33, abangnya, Muhammad Shakir Wafiudin, lapan tahun dan adik, Muhammad Shafiq Arshad, berusia satu tahun, sekitar jam 4 petang.

Baca juga: Ibu Maut Dipijak Kawanan Gajah Liar Di Kawasan Rumah

ANAK USIA 3 TAHUN KORBAN PERTAMA BANJIR PANTAI TIMUR

Kredit: Berita Harian

Pasukan Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu giat melakukan usaha mencari mangsa di lokasi kejadian. Menurut bapa mangsa, Sufi bersama abangnya melihat air sungai dari atas jambatan, lapor BH Online.

“Saya tiba di sini jam 4 petang. Ketika sampai, kami melihat air di tepi kawasan rumah yang dinaiki air tetapi saya sedari abang mengajak adiknya ke jambatan,” jelasnya.

Tiba-tiba kedengaran si abang menjerit memberitahu adiknya sudah di dalam air. Sobre terjun untuk menyelamatkan anaknya namun air terlalu deras menyebabkan dia terpaksa pulang ke tebing.

Kredit: Berita Harian

“Saya terus terjun tetapi arus sangat deras sebelum kembali ke tebing menghubungi saudara mara dan isteri, Nurul Ain Bakri, 33, yang sedang bekerja di Politeknik Kota,” ujarnya.

Sebelum kejadian Sobre sempat mengambil tiga anaknya yang berada di rumah ibunya dan membawa mereka bermain air di lokasi berkenaan tanpa menyangka hasratnya itu bertukar tragedi.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×