Famili

“Balik Rumah Dan Tanya 3 Soalan Ini Pada Isteri,,”- Pakar

38
SHARES

Sebaik sahaja berkahwin, kehidupan akan berubah 365 darjah dan tidak lagi seperti kehidupan ketika zaman bujang. Dalam perkahwinan, tanggungjawab kedua-dua pihak memainkan peranan yang amat penting.

Masalah penceraian rumah tangga sering kali terjadi akibat pasangan yang tidak bertanggungjawab dan membiarkan sang isteri sahaja melakukan kerja rumah sendirian.

Jadi, menerusi Twitter Dr Redza Zainol, beliau menyarankan agar menanyakan tiga soalan penting sejurus pulang dari bekerja kerana sedikit sebanyak mampu mengubah mood isteri tercinta.

Baca juga: 10 Tanda Anak Selesa Dengan Kita, ‘Parents’ Kena Tahu!

TANYA 3 SOALAN PADA ISTERI & AMBIL ALIH TUGAS

Balik rumah dan tanya 3 Soalan ni pada isteri. Memang ramai tak suka balik ke rumah yang dalam keadaan bersepah dan tak terurus.

Dah lah penat bekerja, tengok-tengok rumah macam tongkang pecah. Betapa kita tak suka rumah bersepah, macam tu juga pasangan kita. Dia pun nak rumah yang kemas dan bersih.

Untuk suami, bila rumah bersepah, cepat-cepat cari isteri. Boleh jadi dia dah penat sangat. Jumpa isteri dan tanya dia tiga soalan ini:

  1. Dah makan ke?
  2. Dah solat ke?
  3. Penat ke?

JANGAN PANDANG RENDAH PADA KERJA SEORANG ISTERI

Beliau juga berpesan agar tidak memandang rendah pada tugas seorang isteri kerana ada juga isteri yang tertekan membuat kerja rumah selama bertahun-tahun.

Hargailah pasangan masing-masing dengan membuat pelbagai kebaikan di rumah untuk mewujudkan suasana yang harmoni. Seorang isteri akan ikhlas melakukan sesuatu jika si suami menghargai penat lelah mereka.

Sumber: Twitter Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×