Famili

Anugerah Pilihan Pembaca Popular Ke-14 Kembali Lagi! Jom Mula Mengundi Buku Kegemaran Anda Hari Ini!

5
SHARES

ANUGERAH Pilihan Pembaca (APP), diadakan bertujuan untuk memartabatkan industri kesusasteraan tempatan dan menghargai segala usaha penulis yang telah menghasilkan karya-karya yang bermutu.

Memasuki edisi ke-14, APP yang dianjurkan bersama Berita Harian (BH) ini merangkumi pelbagai genre karya dan penulisan.

Penganugerahan berprestij ini merupakan salah satu usaha POPULAR untuk memupuk minat membaca buku dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Finalis APP dipilih melalui buku terlaris di rangkaian kedai buku POPULAR/HARRIS

Senarai finalis APP dipilih melalui buku fiksyen dan bukan fiksyen terlaris di rangkaian kedai buku POPULAR/HARRIS di seluruh Malaysia sepanjang tahun lalu.

Orang ramai kini boleh mula mengundi tiga daripada sepuluh judul buku kegemaran di sini untuk setiap kategori fiksyen dan bukan fiksyen sehingga 10 Mac 2024.

Jom lihat antara buku yang tersenarai!

Mesti dah excited nak tengok ada tak buku kegemaran anda kan? Calon-calonnya adalah:

Calon-calon kategori fiksyen

  • NSSIGNATURE – CULLEN’S ANGEL
  • REHAN MAKHTAR – DIA UNTUK AKU
  • HARLEEN – HAZRAEL
  • IRENICMIA – HIS REMEDY
  • IQBAL RAFIUDDDIN – MENEBAK IMPOSTER
  • HUDANAJWA – MI ESPOSA
  • ARIASEVA – MISCHIEVOUS KILLER
  • VIOLETFASHA – SIAPA SANGKA TERJATUH CINTA
  • HASIF RAYYAN – TERIMA KASIH, LUKA
  • ACIK LANA – THE SLEEPWALKER

Calon-calon kategori bukan fiksyen

  • THE FAIZ IBRAHIM – 10 HARI UNTUK HEALING
  • MUZUZA – AL-QURAN UNTUK KITA
  • IMRAN ZAKI – BERDAMAI DENGAN KETIDAKPASTIAN
  • SYIRA LOKMAN – COMEBACK STRONGER
  • FAIZ AZMI – DUIT AKU, HIDUP AKU
  • IDDIN RAMLI – NOKTAH YANG MEMUJUK 2
  • TEME ABDULLAH – PENULIS JALANAN
  • SOFIA ROSES – SURAT DARI SEMESTA VOLUME II: BAHAGIA ITU SEDERHANA
  • AKIF BASRI & ASIM HATTA – SUSAHNYA HIDUP DENGAN MANUSIA
  • ADNIN ROSLAN – TUHAN AKU INGIN SEMBUH

Semua pemenang bakal diumumkan dalam satu majlis khas yang diadakan di Pentas Utama, Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 6 April 2024 jam 10 pagi bersempena BookFest @ Malaysia 2024.

Baca untuk Undi, Undi untuk Menang!

Menariknya, pembaca bukan sahaja dapat mengundi penulis kegemaran mereka malah berpeluang untuk memenangi Baucar POPULAR bernilai RM50 dan e-Kad keahlian POPULAR.

Siapakah bakal menjadi JUARA? Anda TENTUKAN!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi BookFest@Malaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×