Famili

Anda Peminat Snoopy? Jangan Lepaskan Peluang Ke Tour The World With SNOOPY.

6.8K
SHARES

Jika sebut tentang Snoopy pasti minda anda mula terbayang-bayang akan bentuk dan karakternya. Tahukah anda bahawa Snoopy ialah salah satu daripada filem The Peanuts Gang yang menduduki carta pertama dalam 10 karakter paling berpengaruh di media sosial? Menarik bukan?

Ada perkara lagi menarik tentang Snoopy yang anda patut tahu, iaitu pameran Tour The World With SNOOPY. Cepat beritahu anak-anak anda berita gembira ini!

Konsep Tour The World With SNOOPY

Snoopy ialah karakter yang menjadi icon dan antara karakter paling digemari selama dua tahun berturut-turut selepas pelancarannya secara komikal pada tahun 1950. Sehubungan itu, Tour The World With SNOOPY telah mengambil pendekatan untuk melakar semula sejarah kegemilangan Snoopy melalui pameran ini.

Tour The World With SNOOPY Ke 52 Buah Negara

Tour The World With SNOOPY juga adalah pameran yang akan membawa pengunjungnya ke 52 buah negara terpilih seperti China, Australia, Canada, Thailand, Itali dan banyak lagi dengan tujuan memperlihatkan nilai kebudayaan yang menjadi identiti sesebuah negara yang diwakili oleh setiap patung Snoopy.

Wah, bunyinya amat menakjubkan!

Pameran Yang Menggabungkan Elemen Pendidikan

Elemen pendidikan boleh dilihat menerusi identiti yang dibawa oleh setiap patung Snoopy. Misalnya seperti corak pemakaian Snoopy.

Bukan itu sahaja, tidak lengkap rasanya pendidikan tanpa panduan. Hal ini sudah semestinya dorongan daripada ibu bapa malayan telatah anak-anak yang bertanya tentang Snoopy. Yang pentingnya di sini, ia juga adalah platform untuk memupuk hubungan kekeluargaan.

Figura Patung Snoopy Setinggi 90 cm Sehingga 140 cm

Apabila anda berkunjung ke pameran Tour The World With SNOOPY ini, jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama patung-patung Snoopy kerana mereka sangat comel.

Figura patung Snoopy juga adalah berketinggian dari 90 cm hingga 140 cm. Selain itu, turut dipamerkan adalah patung angin Snoopy yang berukuran 6 meter tinggi.

Lebih Keceriaan Di Kids Workshop

Di sini juga turut disediakan bengkel kanak-kanak seperti Dough Doll Making dan Balloon Sculptor. Pertandingan mewarna juga turut dianjurkan. Banyaknya aktiviti menarik di sini.

Pelbagai Jualan Barangan Snoopy

Barangan Snoopy seperti di atas bukan anak-anak sahaja yang berminat, malah kaum wanita pun mesti suka juga kan? Antara barangannya ialah Snoopy Cosmetic Box, Snoopy Square Cushion, Snoopy Key Chain, Snoopy Mugs, Snoopy Coin Bag dan bermacam-macam lagi. Comelnya semua barangan Snoopy ini!

Produk Snoopy yang ini mesti kaum lelaki pun turut sama menggemarinya. Tour The World With SNOOPY juga ada menjual barangan seperti Snoopy Airforce T-Shirt, Limited Edition Snoopy Crown T-Shirt, TTWS Cap dan sebagainya.

Bila Dan Di Mana Tour The World With SNOOPY?

Tour The World With SNOOPY akan diadakan pada 24 Mac 2018 hingga 1 April 2018 dari pukul 10 pagi hingga 9 malam. Lokasinya adalah di galeri jualan Gravit8 di Klang.  Aktiviti kanak-kanak juga turut disediakan. Meriahnya!

Tak tahu cara ke destinasi Gravit8? Nah, ini lokasinya :

Wazehttps://www.waze.com/en-GB/livemap?zoom=17&lat=2.98316&lon=101.4447 

Google Maphttps://goo.gl/maps/oF73LtkPKgu

Keterangan lanjut boleh hubungi Mitraland di talian 03-33237688. Jumpa di sana!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×