Rakyat

Anak Tercekik Duit Syiling 20 Sen, Ibu Kongsi Detik Cemas Dapatkan Rawatan Sampai 3 Kali

188
SHARES

Kanak-kanak yang sedang membesar memang akan mempunyai sifat ingin tahu dan aktif mencuba sesuatu yang baru. Jadi, ibu bapa perlu lah sentiasa berhati-hati dengan sekeliling dan pantau anak-anak supaya tidak berlaku apa apa yang tidak diingini. Seperti kisah yang dikongsikan ini dimana malang tidak berbau, ibu ini kongsi detik cemas anaknya tercekik duit syiling 20 sen dan berhadapan dengan pelbagai dugaan setibanya di hospital. Memang merupaka pengalaman ngeri buat mak ayah!

ANAK TERCEKIK DUIT SYILING, TERCUNGAP-CUNGAP

Sebenarnya untuk iktibar semua kalau nak kata kecuaian daripada kami ya, kami mengaku, dan kanak-kanak ni juga sejuta kemungkinan boleh terjadi, dalam umur yang aktif nak explore segala macam benda sekeliling.

Reza tercekik coin, jam 10pm bed time semua dah masuk tidur kecuali husband aku, kerja, dalam jam 11 pm Reza belum tidur dan cari daddy, daddy kat depan tertidur di sofa, Reza keluar & masuk bilik balik tepuk aku yang tengah tidur, aku dengar dia macam tersedak-sedak dan nampak samar-samar dia tercungap dan susah bernafas. Aku terus tepuk belakang dia konon nak buat step yang macam aku selalu tengok macam mana nak handle bila anak choking.

Bukan mudah! sebab Reza keraskan badan, kepala dongak cuba mencari nafas, sebelah tangan aku tak mampu nak angkat badan dia dengan sebelah lagi tepuk belakang, lagipun dia meronta dengan kuat, aku jerit panggil husband, husband tepuk2 dan angkat tangan Reza. Akhirnya dengar bunyi Reza nangis lega aku! Allahhu!. Tengah menangis Reza muntah, muntah susu yang dia minum jam 10pm tadi. Tapi hanya susu.

Aku cakap husband ada benda yang Reza dah telan, tapi kami tidak tahu benda apa, dan dia muntah lagi, Reza nampak lemah pucat, dia tertidur aku monitor je nafas dia, sambil tangan kalut goggle info. Masa dia tidur air liur banyak keluar, ni antara simptom dia tertelan sesuatu. Terus aku ajak husband pergi klinik, jam dah 11.30pm. Dalam perjalanan muntah lagi, sampai klinik pun muntah lagi masa tunggu turn jumpa doctor (fast lane), tidak ada xray kat klinik Azzahran (rosak katanya) doctor bagi reference letter kami ke Hospital Annur Bangi, xray ada tapi ON CALL kena tunggu dalam masa 1 jam untuk juru xray datang Reza muntah lagi, dan baru aku perasan Reza ni tak bercakap pun selepas tercekik, dia lemah je mungkin mengantuk juga.

DUIT SYILING TERSEKAT DI ANTARA SALURAN PERNAFASAN DAN PEMAKANAN

Tengah xray dia muntah lagi. Dan dia memang tertelan sesuatu iaitu syiling 20@50 sen! Panic dah aku sebab syiling tu tersekat ditekak dia antara saluran pernafasan dan pemakanan. Jam 1.30am jumpa doctor dan dimaklumkan Hospital Annur tidak ada alat untuk keluarkan syiling tersebut (dah order katanya tapi belum sampai. Kami dicadangkan ke KPJ Kajang dengan cepat dan kena monitor muka(takut bertukar biru) dan nafas Reza, ada time macam susah Reza nak tarik nafas. Sepanjang perjalan ke KPJ Kajang tangan aku sentiasa didada Reza. Jauh sangat rasa perjalanan tu. Reza tidur dan masih tidak bercakap aku tanya dia angguk geleng je. Aduhhhh!

Sampai KPJ bahagian kecemasan aku cakap yang anak aku tertelan/tercekik sesuatu, terus receptionist tu cakap sorry bilik baby penuh dan kami takde bilik sekarang dan dicadangkan pergi je hospital lain, eh taik je! aku dah naik angin sebab ini adalah harapan terakhir kami setelah 3 tempat pergi untuk rawatan. Dia terus tolak kami tanpa tengok xray yang aku bagi dia, kemudian aku cakap kami emergency anak dah sesak nafas kau nak suruh aku pergi mana lagi? Alasan kau simple takde bilik! And macam ni ke kau layan customer kau? (Maaf ye bahasa baik tetiba hilang pulak time ni) Kemudian doctor lelaki nama Nur (tak ingat nama penuh) datang dan maklumkan yang takde bilik nak stay kalau kena warded nanti, husband aku dah marah, wah! Banyak nya penduduk Kajang sakit malam ni?!

“panggil manager aku nak jumpa!”
aku dah nangis time tu!

MASALAH DENGAN PENGURUSAN HOSPITAL SWASTA

Sebab bilik tak ada mereka tidak mahu rawat anak aku, kalau time tu jugak anak aku collapse macam mana?! Sorang wanita India datang, Sarojini (manager / sister) dia yang terangkan bahawa KPJ tidak ada Pakar Bedah Kanak- Kanak. Aku terus cakap habis apa yang korang nak ding dong dari tadi pasal bilik penuh?! Cuba cakap dari mula lagi yang korang TAKDE PAKAR BEDAH KANAK KANAK, mesti kami faham dan terus ke hospital lain, mesti korang tertanya kenapa nak pegi private kan? Time ni kami nak cepat, anak sesak nafas mesti nak rawatan yang cepat, lagipun KPJ ni antara panel company husband. Akhirnya hospital terdekat adalah hospital Kajang kami terus ke situ, nak ke Serdang jauh dan takut apa apa terjadi kat Reza sebab dah terlalu lama.

Terus ke kecemasan dan terus ke zon kritikal. Dengan segera doctor perempuan check Reza check heartbeat check oksigen semua masih terkawal cuma nafas ada kalanya sangkut2. Kemudian ada lagi doctor lelaki datang jumpa kami dan check Reza sekali lagi, terus ambil xray yang kami bawa, ajak kami sama2 tengok xray Reza dengan cerita yang teliti. Dr. Ahmad Afiq dengan muka yang asyik tersenyum sengeh, penerangan yang jelas, serba sedikit hilangkan rasa panic gusar kami. Akhirnya Allah jumpakan kami dengan malaikat kecilnya . Terima kasih semua doctor staf kecemasan Kajang . Alhamdulillah warded jam 5am Hospital Kajang.

Dr Afiq maklumkan akan jalankan 1 lagi xray untuk kesan pergerakan coin tu dah ke mana dah masuk tabung atau belum. Jadi kami tunggu xray buka jam 8 pagi. Sementara itu nurse still monitor keadaan Reza. Alhamdulillah . Aku boleh rest baring sama-sama dengan reza. Husband balik ambil kakak dan hantar dia ke sekolah, dari jam 11.30pm kami tinggalkan dia seorang tidur di rumah.

DUIT SYILING MASIH TAK BERGERAK

Xray kali kedua kedudukan syiling masih sama tak bergerak. Kami dicadangkan ke HKL kerana Kajang tidak ada equipments yang cukup untuk operation.

3.30pm: sampai HKL dengan ambulance  siap je warded 3-4 orang doctor pakar datang interview kami, operation 6.30pm ditangguhkan 2 jam sebab Reza minum air dia minta sendiri dari katil depan dia. Aku dengan husband ada urusan di emergency jadi kami tinggalkan dia sekejap.

8.30 malam : Masuk OT, aku pangku Reza dia tidur masa tu lemah sebab dah hampir 20jam puasa. Aku masuk sama2 dalam OT doctor biuskan Reza dalam dakapan aku, beberapa saat saja Reza dah lembik dengan air liur banyak keluar berbuih buih. Doctor bius suruh aku cium dia dan doakan dia kuat dan selamat. Nangis aku!

10 pm : Alhamdulillah syiling berjaya dikeluarkan. Terima kasih semua doctor pakar & staff paediatric HKL.

Aku sarankan kepada semua ibu bapa sekiranya Allah uji kamu sama seperti aku, segeralah ke Hospital Besar daerah masing-masing jangan tangguh. Aku takut kes seperti aku berulang kepada kamu dan masa untuk menyelamatkan anak-anak kamu singkat @ tidak cukup.

*coin yang Reza telan mungkin jatuh dari pocket seluar husband sebab dia tertidur di sofa selepas balik kerja. Sebelum ni sebiji lego pun tak pernah dia masukkan dalam mulut. Terima kasih semua staff Hospital Kajang & HKL – Hospital Wanita & Kanak Kanak Kuala Lumpur yang melayani kami dengan sangat baik.

Sumber : Songket GedungSulam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×