Asuh

Anak Selalu Tidur Lewat Malam, Jangan Bagi Anak Main Gajet Sejam Sebelum Tidur!

18
SHARES

Tidur memainkan peranan penting bagi perkembangan otak kanak-kanak dan remaja. Tidur yang cukup memastikan otak dan tubuh kanak-kanak dapat membesar dan berkembang dengan baik. Kajian juga telah menunjukkan bahawa tidur adalah penting untuk kecergasan serta pelbagai fungsi utama kanak-kanak sekolah.

Zaman kini, jadual harian anak-anak terlalu padat. Bukan sahaja mereka terpaksa ke tusyen, malah pada waktu malam pula padat dengan kerja sekolah. Jadi akan membuatkan mereka tidur lewat dan bertambah lewat sekiranya mereka menghadap telefon sebelum tidur.

Baca juga: Anak Buat Perangai Kerana Ada Masalah Untuk Kawal Diri, Mak Ayah Jangan Abaikan!

Dia tanya saya kenapa jadi macam itu.

Rupanya lepas saya tanya itu ini, dia bagitahu anak dia suka guna handphone sampai ke lewat malam. Dia akan tengok semula video dan gambar sendiri yang mak ayah dia pernah ambil.

Saya pun terangkan pada dia usah biarkan anak kita mengadap gajet 1 jam sebelum tidur.

1) Gajet hasilkan cahaya khas dinamakan sebagai ‘blue light’.

2) Otak anak yang terdedah pada ‘blue light’ akan fikir waktu itu masih siang.

3) Ia akan buatkan paras hormon melatonin jadi rendah dan anak susah nak tidur awal.

4) Paras hormon melatonin (hormon tidur) jadi tinggi bila bilik tidur digelapkan atau suram.

Yang paling saya takutkan adalah kesan daripada tidur lewat itu sendiri.

Waktu tidur malam yang terganggu itu akan berterusan hingga ke waktu siang.

Anak akan jadi kurang peka, tak dapat beri perhatian dan tak dapat fokus di rumah dan di sekolah. Boleh juga anak jadi hyperaktif, impulsif, pemarah dan sampai jadi malas.

Sumber: Twitter Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×