Famili

Anak Lelaki Ditagih Cinta Gadis Posesif Di Sekolah, Siap Berani Ganggu Si Ibu!

22
SHARES

Menjadi satu masalah besar pada diri sekiranya tidak dapat mengawal perasaan sehingga berubah menjadi taksub atau obses. Individu sebegini sanggup melakukan apa sahaja yang kadang-kadang bertindak sehingga di luar batas. Ia boleh terjadi kepada seseorang yang dilamun cinta. Sungguh membimbangkan!

Sebagaimana perkongsian kisah dari Puan Hazwani Mohd Dah berkenaan peristiwa yang menimpa anak bujang kepada kenalannya di sekolah. Ceritanya, terdapat seorang gadis di sekolah tersebut yang menagih cinta anak bujang itu sehingga berani mengganggu rakannya dan menunjukkan perilaku yang posesif. Mari baca!

Baca juga: Isteri Menderita, Abang Ipar ‘Naik Tanduk’ Gilakan Harta Selepas Suaminya Meninggal Dunia!

BERANI SUNGGUH REMAJA ZAMAN SEKARANG…

Gambar hiasan: PsychologyToday.com

Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar kepada para pembaca dalam membentuk akhlak anak-anak.

Kawan saya, anak lelakinya duduk di asrama. Sekolah anak-anak berprestij.

Baru-baru ni, kawan saya diganggu oleh whatsapp dari nombor yang tak dikenali. Bunyinya lebih kurang begini,

“Auntie. Saya Mia. Saya satu kelas dengan Khalil. Saya suka sangat anak makcik. Saya jatuh cinta dengan dia. Boleh tak saya nak cop dia sebagai boyfriend?”

“Khalil tak layan saya. Saya mesej auntie sebab nak minta restu. Saya tahu Khalil cintakan saya, tapi dia nak study dulu,”

Kawan saya urut dada. Dia mengadu dengan suaminya. Berani sungguh perempuan zaman sekarang.

Mia kata, dia dapat nombornya dari group kelas ibu bapa. Betul-betul stalker ni. Kemudian, Mia call pula. Kawan saya of course lah tak angkat. Beberapa ketika mesej masuk lagi.

“Auntie kenapa tak angkat? Kenapa bluetick je? Auntie setuju tak saya nak cop Khalil? Saya taknak dia jatuh cinta pada perempuan lain. Kalau auntie tak jawab, saya boleh pergi rumah auntie. Alamat auntie xxxxxx kan?”

“Saya sanggup buat apa saja untuk dapatkan Khalil. Apa saja auntie! Dia handsome, saya nak dia jadi imam saya. Suara Khalil azan dekat musolla, merdu sangat. Kalau auntie tak reply, saya akan buat sesuatu sampai Khalil jadi milik saya.”

Allahu. Seram, kan.

TERLALU BANYAK FAKTOR YANG MENDORONG DIA BERPERILAKU BEGITU…

Ceritanya panjang lagi.

Dan pastilah akhirnya ia telah dipanjangkan kepada kaunselor dan ibu bapa. Rupanya, Khalil & rakan sekelas kata, ketaksuban Mia kepadanya di sekolah juga merisaukan.

Bila direnung semula, terlalu banyak faktor yang mendorong untuk Mia serta ramai lagi anak-anak kita berperilaku begitu.

Antaranya, drama cinta tempatan dan luar negara yang penuh adegan yang merangsang serta boleh diakses tanpa batasan, terlalu murah dan mampu dimiliki oleh anak-anak di sekolah menengah,

Juga, pengaruh influencer yang berlumba-lumba mempamerkan kemesraan, baik yang bercinta mahupun berumahtangga. Serta, kelompongan susuk yang sentiasa memberi nasihat, pengisian jiwa dan bimbingan kepada mereka.

Naluri dan pemikiran anak-anak kita telah dipaksa dewasa sebelum usia, sehingga kita sebagai ibu bapa tak tahu nak bermula dari mana.

Kita tak dapat kawal apa yang mereka explore. Kita tak tahu apa yang mereka telah tahu tentang dunia dewasa ini.

“KALAU SAYA NAK SAYA MESTI DAPAT!”

Gambar hiasan: PinkVilla.com

Akhir sekali, kata Mia kepada semua,

“Saya diajar sejak kecil oleh mama papa untuk sentiasa bersaing untuk capai apa yang saya nak. Tak kisah walau dalam cara apa pun. Kalau saya nak, saya mesti dapat! Kalau saya dah cinta, saya nak dia je.”

Katanya sambil ketawa dan tumbuk meja. Semua di bilik itu, saling berpandangan.

“Walau dalam cara apapun?” Another story. Another factor.

Didikan dan approach ibu bapa. Menyantuni dengan bimbingan EQ dan SQ, syarat unggul memanusiakan manusia dalam jiwa seorang hamba.

Allahu. Untuk kawan-kawan saya, moga dipermudah urusan membesarkan anak-anak dalam zaman yang amat mencabar ini! Moga dalam bimbingan dan kasih sayang Allah.

Saling mendoakan.

Sumber: Facebook Hazwani Mohd Dah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×