Kini Trending

Akibat Didakwa Curi Rantai, Remaja 14 Tahun Diculik & Dibunuh

7
SHARES

Di Chon Buri, Thailand, seorang remaja berusia 14 tahun telah diculik dan dibunuh kerana didakwa mencuri seutas rantai emas dan wang tunai bernilai RM370.

Mayat mangsa dikenali sebagai Kraisiri ditemui dalam keadaan tangan diikat dan kesan lebam di seluruh badannya. Tiga suspek telah ditahan dan seorang lagi masih diburu pihak polis.

Baca juga: [VIDEO] Ayah Asyik Main Telefon, Anak Baling Buku Sebab Geram Tak Dilayan

AKIBAT DIDAKWA CURI RANTAI, REMAJA 14 TAHUN DICULIK & DIBUNUH

Bapa saudara mangsa, Den Sintusa memberitahu polis bahawa dia mendengar bunyi bising di luar rumah kira-kira pukul 2 pagi. Apabila tiba di lokasi kejadiaan, dia melihat anak saudaranya diserang oleh sekumpulan lelaki. Mereka dikatakan menyerang mangsa untuk meminta semula barangan yang dicuri itu.

Kumpulan lelaki tersebut kemudian menculik Kraisiri dan memecut laju menggunakan sebuah motosikal. Bapa saudara menjelaskan dia tidak melaporkan kejadian tersebut kepada polis kerana tahu mangsa mencuri rantai tersebut.

Mereka turut memberitahu bahawa mangsa mengaku dia mencuri rantai dan wang tunai, namun tidak mendedahkan lokasi barangan itu disembunyikan.

Peralatan untuk menagih dadah turut ditemui dalam kenderaan dan polis merampas motosikal roda tiga itu. Menurut polis, Kraisiri dikatakan masih hidup ketika dihumban ke dalam garaj, namun meninggal dunia tidak lama selepas itu akibat kecederaan.

Sumber: Berita Thaiger

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×