Rakyat

Air Pasang Besar Dijangka Berlaku Di Kuala Muda & Kuala Kedah Bermula Esok

2
SHARES

Dua daerah di negeri Kota Setar dan Kuala Muda diramalkan akan berlaku air pasang besar selama tiga hari bermula esok sehingga Sabtu ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail menjelaskan air pasang besar ini dijangka berlaku di Kuala Kedah yang akan menyebabkan paras air laut mencecah 2.9 meter (m).

Baca juga: Risiko Tercekik Pada Kanak-Kanak, KKM Pantau Jualan Produk Konjak Jeli

AIR PASANG BESAR DIJANGKA BERLAKU DI KUALA MUDA & KUALA KEDAH BERMULA ESOK

Terminal Feri Kuala Kedah, Taman Seri Putra, Pasar Kota Marina dan Pekan Kuala Kedah antara kawasan yang dijangka akan dinaiki air, lapor Harian Metro.

“Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Setar akan melakukan pemantauan di kawasan itu ketika air pasang berlaku.

“Ia bertujuan untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan kerana waktu dijangka berlaku air pasang adalah pada 12.35 tengah malam esok; 1.09 pagi , Jumaat; manakala 1.47 pagi Sabtu,” ujarnya.

Selain itu, menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad, pantai Kota Kuala Muda dan pantai Tanjung Dawai juga dijangka akan berlakunya air pasang besar ini.

Antara sembilan kampung di tiga mukim yang berkemungkinan dinaiki air adalah Kampung Kepala Jalan dan Kampung Hujung Matang di Mukim Kuala, Kampung Sungai Meriam dan Kampung Sungai Yu di Mukim Bukit Meriam.

Lima kampung iaitu Kampung Nelayan, Kampung Bagan Asam, Pekan Tanjung Dawai, Kampung Huma dan Kampung Sungai Pial di Mukim Merbok dijangka turut terkesan.

Penduduk dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk berpindah sekiranya kawasan mereka dinaiki air.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×