Seorang murid sekolah rendah berdepan detik mengecewakan apabila pesanan makanan yang dinanti-nantikan untuk jamuan akhir tahun sekolah tidak dapat dinikmati seperti dirancang.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pemilik perniagaan Bon Appetit Cafe menerusi media sosial apabila seorang pelanggan kecil mereka tersilap memilih tarikh untuk membuat pesanan shawarma.
Baca juga: Mak Ayah Kena Hadir & Tuntut Bantuan Awal Persekolahan RM200 Tahun Depan – PMX
MAKANAN JAMUAN AKHIR TAHUN SALAH PILIH TARIKH

Menurut perkongsian itu, murid berkenaan pada awalnya begitu teruja untuk membawa shawarma dari kedai tersebut ke majlis potluck atau jamuan akhir tahun di sekolahnya.
Malah, dia beberapa kali mengingatkan pihak kedai supaya tidak terlupa menyediakan pesanan berkenaan kerana lokasi perniagaan itu juga terletak berhampiran sekolahnya.
Disebabkan itu, pihak kedai mengambil inisiatif menghantar pesanan secara COD seperti yang diminta. Bagaimanapun, sebaik tiba di sekolah, mereka melihat murid berkenaan hanya termenung dan kelihatan kecewa.
Pada mulanya, pihak kedai menyangka mereka lewat menghantar pesanan kira-kira lima minit daripada waktu ditetapkan.
Namun, selepas mengetahui perkara sebenar, barulah mereka menyedari murid tersebut sebenarnya tersilap memilih tarikh tempahan.
Tak sampai hati bila tengok pelajar teruja

Menerusi perkongsian itu, pihak Bon Appetit Cafe mengakui tidak sampai hati melihat keadaan murid berkenaan yang sudah begitu teruja untuk menikmati makanan pilihan bersama rakan-rakan sekolahnya.
Kisah tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang bersimpati dengan situasi dialami murid berkenaan.
Malah, ada yang mengambil kesempatan menitipkan doa agar perniagaan berkenaan terus berkembang dan dimurahkan rezeki.
“Saya doakan moga bisnes tuan/puan lebih berkat, lebih maju, lebih laris selepas ini. Rezeki yang masuk tak henti-henti. Sentiasa sibuk dengan order,” tulis seorang pengguna.
Walaupun hanya kesilapan kecil, kisah ini memperlihatkan bagaimana satu pesanan makanan boleh membawa makna besar kepada seorang kanak-kanak yang mahu berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakannya.
Baca juga: Bayi 5 Bulan Alami Sawan Ketika Di Rumah Pengasuh, Ada Lebam Pada Muka & Telinga
Sumber: Threads Bon Appetite Cafe
