Asuh

Bayi 5 Bulan Alami Sawan Ketika Di Rumah Pengasuh, Ada Lebam Pada Muka & Telinga

BAYI LIMA BULAN

Seorang bayi lima bulan kini menerima pemantauan perubatan selepas disyaki menjadi mangsa pengabaian ketika berada di bawah jagaan pengasuh.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 14 November lalu apabila bayi perempuan berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh sebelum ibunya membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Baca juga: Mak Ayah Kena Hadir & Tuntut Bantuan Awal Persekolahan RM200 Tahun Depan – PMX

BAYI LIMA BULAN DISYAKI DIABAIKAN PENGASUH

BAYI LIMA BULAN

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada jam 5.46 petang, hari kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati bayi tersebut mengalami sawan selain terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuhnya.

“Mangsa mengalami sawan selain terdapat kesan lebam serta luka pada bahagian muka dan telinga,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Fadil memaklumkan bayi berkenaan kini ditempatkan di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Penempatan itu bagi membolehkan mangsa menjalani pemantauan serta pemeriksaan lanjut oleh pihak perubatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, manakala siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan bagaimana kecederaan tersebut berlaku.

BAYI LIMA BULAN

Sekadar gambar hiasan

Dalam masa sama, orang ramai diminta tidak membuat sebarang andaian atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan gangguan terhadap proses siasatan.

Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Hotline Kuala Lumpur menerusi talian 03-2115 9999 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Baca juga: Kursus Kahwin Johor Bakal Ada Ujian Bermula 2027, Peserta Perlu Lulus Sebelum Terima Sijil?

Sumber: Buletin TV3

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×