Advertorial

Nampak DuitNow QR Di Kedai? Guna PayLater by Grab, Mudah!

Seiring dengan perkembangan teknologi, cara masyarakat membuat pembayaran juga kini berubah.

Jika dahulu ramai selesa membawa wang tunai ke mana-mana, sekarang pembayaran tanpa tunai menggunakan kod QR semakin menjadi kebiasaan.

Daripada membeli barangan dapur di pasar raya hinggalah membeli barangan elektronik, semakin banyak premis menyediakan kemudahan pembayaran melalui DuitNow QR.

Cukup sekadar mengimbas kod yang dipaparkan, transaksi boleh diselesaikan tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.

Lebih menarik, kini anda juga boleh menggunakan PayLater by Grab di mana-mana premis yang menerima DuitNow QR di seluruh negara!

Ini bermakna, anda tidak perlu lagi mencari kedai tertentu atau bertanya kepada peniaga sama ada mereka menerima PayLater by Grab.

Selagi terdapat kod DuitNow QR di kaunter, anda boleh mengimbasnya dan memilih PayLater by Grab sebagai kaedah pembayaran.

Beli barang elektronik, restock skincare kini jadi lebih mudah!

Kemudahan ini memberikan lebih banyak pilihan ketika membuat pembayaran untuk pelbagai keperluan harian.

Sama ada membeli barangan dapur, menikmati hidangan bersama keluarga, mendapatkan pakaian baharu atau membeli barangan rumah, anda boleh menggunakan PayLater by Grab di premis yang menerima DuitNow QR.

Lebih menarik, anda boleh memilih kaedah pembayaran mengikut kesesuaian dan kemampuan kewangan sendiri.

Menerusi PayLater by Grab, terdapat pilihan Postpaid atau pelan ansuran selama 4, 8 dan 12 bulan, malah anda juga boleh menikmati kadar faedah serendah 0%*.

Dengan pilihan ini, anda boleh merancang pembayaran dengan lebih teratur tanpa mengabaikan komitmen kewangan bulanan.

Dah selalu guna PayLater by Grab? Kali ini, giliran anda pula untuk dapat lebih penjimatan! Nikmati diskaun RM10 untuk pembelian di kedai dengan perbelanjaan minimum RM100. Caranya mudah, masukkan sahaja kod promosi PAYLATER10 semasa pembayaran dan terus nikmati penjimatan!

Anda boleh gunakan peluang ini untuk dapatkan barang yang sudah lama masuk dalam wishlist. Jangan lepaskan peluang ini!

Nikmati sehingga 2x GrabCoins dan diskaun RM10 untuk semua pengguna

Selain kemudahan pembayaran di lebih banyak premis, pengguna juga berpeluang menikmati ganjaran sehingga 2x GrabCoins* menerusi PayLater by Grab yang kemudiannya boleh digunakan untuk pembelian seterusnya untuk lebih penjimatan.

Pengguna baharu PayLater by Grab? Ini peluang anda untuk berjimat dari pembelian pertama! Nikmati diskaun RM10 untuk transaksi pertama di kedai dengan perbelanjaan minimum RM50. Apa yang perlu anda lakukan ialah masukkan kod promosi NEWPAYLATER10 semasa pembayaran.

Belum aktifkan PayLater? Jangan tunggu lagi! Aktifkan sekarang dan rebut diskaun RM10 anda di sini.

Jadi, selepas ini apabila anda melihat kod DuitNow QR di kaunter pembayaran, anda tidak perlu tertanya-tanya lagi tentang pilihan pembayaran yang tersedia.

Ingat sahaja, nampak DuitNow QR? PayLater by Grab je!

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat yang ditetapkan.

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×