Euforia Bola 2026
Famili

“Badan Berasap”- Baru Dapat Dua Ekor Ikan, Ziad Maut Dipanah Petir Ketika Nak Pulang Dari Memancing

DIPANAH PETIR

Seorang pelajar Tingkatan Dua, Muhammad Ziad Zikri Abdul Hadi, berusia 14 tahun, meninggal dunia selepas dipanah petir ketika memancing di kawasan tali air di Kampung Tasek Berangan, Repek, Pasir Mas, Kelantan, pada petang semalam.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa bersama tiga individu lain, termasuk sepupu dan rakannya, berada di kawasan bendang yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Baca juga: Belanjawan 2027: Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Mulai Jun Tahun Depan

PELAJAR TINGKATAN 2 DIPANAH PETIR KETIKA MEMANCING

DIPANAH PETIR

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Pasir Mas. Sepupu mangsa, Haziq Qayyum Rosli, 12, berkata mereka pada awalnya tiba di kawasan berkenaan sekitar jam 4 petang untuk memancing bersama-sama.

Bagaimanapun, keadaan cuaca berubah secara tiba-tiba apabila hujan mula turun dengan lebat. Bimbang keadaan semakin buruk, Haziq mengajak mangsa dan seorang lagi rakan mereka untuk pulang.

Menurutnya, ketika itu keadaan masih belum menunjukkan tanda-tanda berlakunya kilat. Namun, Ziad pada mulanya meminta mereka menunggu kerana baru sahaja tiba di lokasi berkenaan.

Malah, mangsa dikatakan baru berjaya memperoleh dua ekor ikan ketika mereka mula memancing. Selepas hujan semakin lebat, Ziad akhirnya bersetuju untuk pulang. Mereka kemudian berjalan menuju ke arah motosikal sebelum satu kejadian mengejutkan berlaku.

Badan mangsa berasap selepas kilat menyambar

DIPANAH PETIR

Haziq menceritakan detik cemas apabila satu sambaran petir menyebabkan mereka berempat terjatuh ke tanah. Ketika itulah dia menyedari keadaan mangsa yang amat membimbangkan.

“Ketika kilat menyambar, kami berempat jatuh terbaring dan ketika itu saya lihat badan Ziad berasap,” jelasnya.

Haziq yang turut mengalami kecederaan di bahagian belakang bahu kanan berkata, mereka segera bergegas pulang untuk memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa.

Pada mulanya, dia menyangka Ziad hanya pengsan akibat kejadian tersebut. Namun, sangkaan itu meleset apabila individu yang tiba kemudian memaklumkan bahawa sepupunya sudah meninggal dunia.

Haziq berkata, mereka berempat sememangnya sering meluangkan masa bersama dengan memancing di kawasan berkenaan.

“Kami berempat memang suka memancing di kawasan itu dan tidak menyangka kejadian yang berlaku. Saya sangat sedih kerana kami berempat begitu rapat,” katanya.

Pemergian Ziad pada usia muda pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan yang mengenalinya.

Baca juga: Nampak Najis Anak Macam Jeli Merah Bercampur Darah? Mak Ayah, Ini Tanda Usus Si Kecil Dah Rosak!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×