Euforia Bola 2026
Didik

Ini Tarikh Lengkap Kalendar Akademik 2027 Kumpulan A & B, Dah Boleh Rancang Percutian!

KALENDAR AKADEMIK 2027

Berdasarkan Kalendar Akademik 2027 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sesi persekolahan bagi tahun 2027 akan bermula pada 4 Januari 2027.

Jadual persekolahan bagi tahun tersebut turut menetapkan beberapa tempoh cuti penggal, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir persekolahan yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa untuk membuat perancangan lebih awal.

Baca juga: Wanita 60 Tahun Lahirkan Anak Kedua, Selepas Kali Terakhir Bersalin Pada Usia 58 Tahun!

KALENDAR AKADEMIK 2027 UNTUK RUJUKAN SEMUA

Ibu bapa yang sedang merancang percutian keluarga atau menyusun jadual aktiviti anak-anak untuk tahun depan boleh mula menanda tarikh penting dalam kalendar.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kalendar akademik membahagikan sekolah di seluruh negara kepada Kumpulan A dan Kumpulan B.

Berikut ialah tarikh cuti sekolah bagi sesi 2027:

Kumpulan A

Kumpulan A melibatkan sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Cuti Penggal 1: 5 hingga 13 Mac 2027
Cuti Pertengahan Tahun: 21 Mei hingga 5 Jun 2027
Cuti Penggal 2: 27 Ogos hingga 4 September 2027
Cuti Akhir Persekolahan: 3 hingga 31 Disember 2027

KALENDAR AKADEMIK 2027

Kumpulan B

Kumpulan B pula merangkumi sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor.

Turut termasuk dalam kumpulan ini ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Tarikh cuti sekolah bagi Kumpulan B adalah seperti berikut:

Cuti Penggal 1: 6 hingga 14 Mac 2027
Cuti Pertengahan Tahun: 22 Mei hingga 6 Jun 2027
Cuti Penggal 2: 28 Ogos hingga 5 September 2027
Cuti Akhir Persekolahan: 4 hingga 31 Disember 2027

KALENDAR AKADEMIK 2027

Selain cuti persekolahan mengikut penggal, terdapat juga beberapa hari cuti tambahan yang diperuntukkan KPM bersempena perayaan utama pada 2027:

KALENDAR AKADEMIK 2027

KALENDAR AKADEMIK 2027

Dengan mengetahui tarikh cuti sekolah lebih awal, ibu bapa boleh menyusun perancangan keluarga dengan lebih teratur, termasuk menetapkan tarikh percutian, aktiviti bersama anak-anak dan urusan penjagaan sepanjang tempoh cuti.

Pastikan tarikh yang dirujuk adalah berdasarkan kumpulan negeri masing-masing dan semak kemas kini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekiranya terdapat sebarang pindaan pada kalendar akademik.

Baca juga: Dari Kedudukan 351-400 Ke-194, Universiti Malaya Cipta Sejarah ‘Tembus’ Ranking Terbaik Dunia!

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×