Euforia Bola 2026
Famili

“Alhamdulillah… Jenazah Anak Saya Sempurna”– Bapa Dr Ainul Luah Syukur Semua Mangsa Ditemui

jenazah anak

“Menerusi penerangan (pihak berkuasa) yang dibuat kepada keluarga semalam, jenazah anak saya sempurna, namun kena fahamlah apabila terbabit dalam kebakaran,” kata Kamaruddin Salleh, 69, bapa kepada Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, yang terkorban dalam nahas helikopter berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, kelmarin.

Menurut Kamaruddin, jenazah anaknya dijangka dibawa pulang ke Kelantan esok selepas urusan forensik selesai.

Baca juga: Elaun Perkhidmatan Doktor Udara Hanya RM30? Rupanya KKM Dah Bawa Cadangan Tambah Baik Sejak November Lalu…

“ALHAMDULILLAH…JENAZAH ANAK SAYA SEMPURNA”

jenazah anak

Kamaruddin menunjukkan gambar ahli keluarga termasuk termasuk Dr Ainul (dua, kiri).

Jenazah Dr Ainul kemudian dijangka dibawa ke Masjid Al-Karamah untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Kedeper.

“Ini jangkaan kami, jenazah akan dibawa pulang esok selepas selesai urusan forensik.

“Semalam, kami dimaklumkan oleh pihak berkuasa jenazah anak serta yang lain sudah ditemui dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) juga sudah diambil.

“Pihak polis juga meminta kami tidak melihat jenazah terlebih dahulu sebelum urusan selesai.

“Mungkin hari ini kami akan dipanggil ke Hospital Miri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Baca juga: Jauh Dari Hospital, Mereka Tetap Datang… Ini Tugas Wira Senyap ‘Flying Doctor Service’ (FDA) Berkhidmat Di Pedalaman

jenazah anak

Kamaruddin yang juga pesara guru itu turut meluahkan rasa syukur selepas dimaklumkan kesemua lima mangsa dalam tragedi berkenaan sudah ditemui.

“Semalam saya berdebar apabila maklumat awal mengatakan hanya empat ditemui, Alhamdulillah selepas itu kami dimaklumkan kesemua mangsa sudah ditemui.

“Apabila jasad anak ditemui, saya bersyukur kerana sebelum ini macam-macam kita fikir memandangkan mereka terhempas dari ketinggian yang tinggi.

“Alhamdulillah semua urusan operasi semalam berjalan lancar,” katanya.

Kesemua lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter itu sebelum ini berjaya dikenal pasti pihak berkuasa menerusi pengecaman barangan peribadi yang ditemui pada jasad mereka.

Selain Dr Ainul yang juga Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), mangsa lain ialah juruterbang syarikat Layang-Layang Aerospace, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30.

Turut terkorban dua Jururawat Masyarakat (SN), Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44, serta Pembantu Pegawai Perubatan (MA), Alexson Adit Henry, 31.

Sumber: Buletin TV3

FT Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×