Euforia Bola 2026
Famili

“Anak Diliw*t Lebih 5 Pelajar” – Ibu Rayu ‘Parents’ Tampil Jika Anak Pernah Alami Gangguan Seksual Di Tahfiz Banting

gangguan seksual

Seorang ibu meluahkan kebimbangan selepas mendakwa anak lelakinya yang berusia 11 tahun mengalami gangguan seksual ketika berada di sebuah sekolah tahfiz di Banting, Selangor.

Menerusi satu perkongsian di Instagram milik Capricedaddycap, wanita berkenaan mendakwa anaknya memberitahu bahawa dia telah menjadi mangsa perbuatan liwat yang dilakukan oleh lebih daripada lima pelajar di institusi berkenaan.

Baca juga: “Tolonglah Pantau Anak..”- Pekerja Pasar Raya Kecewa & Rayu Ibu Bapa Tegur Si Kecil, Jangan Curi-Curi Makan Tak Bayar!

IBU DEDAH ANAK ALAMI GANGGUAN SEKSUAL & DILIWAT DI SEKOLAH TAHFIZ

GANGGUAN SEKSUAL

Walau bagaimanapun, menurut wanita itu, pihak keluarga ketika ini masih berdepan kekangan kerana dikatakan belum mempunyai bukti dan saksi yang mencukupi berkaitan dakwaan tersebut.

Sehubungan itu, dia tampil merayu kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak mereka ke tahfiz berkenaan antara 2024 hingga 2026 supaya mengambil langkah untuk bertanya keadaan anak masing-masing.

Dia berharap sekiranya terdapat mana-mana anak yang pernah mengalami gangguan seksual atau menjadi mangsa perbuatan seumpama itu, ibu bapa terbabit dapat tampil berkongsi maklumat dengan pihaknya.

“Assalamualaikum Malaysia, saya seorang ibu, menghantar anak umur 11 tahun ke sebuah tahfiz di Banting dan saya dapat tahu daripada anak yang dia telah diliwat oleh lebih daripada 5 orang pelajar tahfiz berkenaan.

“Sekarang, kami masih tak cukup bukti dan tak cukup saksi. Saya mohon, merayu kepada ibu bapa yang pernah hantar anak ke tahfiz daripada tahun 2024 hingga 2026. Sila tanya dengan anak jika anak pernah diliwat atau pernah ada gangguan seksual oleh pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Jika ada, saya mohon sila tampil ke hadapan hubungi kami. Terima kasih,” luahnya sambil menangis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Luahan tersebut dibuat bagi menggalakkan ibu bapa lebih peka terhadap sebarang perubahan pada tingkah laku atau keadaan anak, khususnya jika mereka pernah bersekolah di institusi berkenaan dalam tempoh yang dinyatakan.

Pada masa sama, sebarang dakwaan berkaitan penderaan atau gangguan seksual terhadap kanak-kanak perlu disiasat oleh pihak berkuasa bagi menentukan kesahihan serta tindakan yang sewajarnya.

Ibu bapa yang mengesyaki anak menjadi mangsa gangguan seksual juga disarankan mendapatkan bantuan dan membuat laporan kepada pihak berkuasa atau agensi berkaitan supaya keselamatan serta kebajikan kanak-kanak dapat diberi perhatian segera.

Baca juga: “Sejujurnya Sedih La Camni” – Khairul Aming Tampil Bersuara Selepas Dikecam, Sentimen Kapitalis Jadi Persoalan

Sumber: Instagram Capricedaddycap

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×