Detik cemas bertukar menjadi pengalaman tidak disangka apabila seorang wanita bersalin dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital dengan bantuan neneknya.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, Siraj Yasman berkata, kejadian yang berlaku pada 5 September lalu sekitar jam 1.55 pagi itu berlaku terlalu pantas.
Baca juga: Kongsi Dapat Anak Ke-8 Tapi Terima Komen Negatif! Rupanya Lelaki Ini Bukan Calang-Calang Orang
BERSALIN DALAM KERETA, NENEK SAMBUT KELAHIRAN CUCU

Menurutnya, situasi berkenaan langsung tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka, namun semuanya dipermudahkan apabila ibu dan bayi dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
“Tak sempat sampai hospital dah terkeluar… Masya Allah.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar.. Tak ada yang dapat digambar, semua berlaku dengan sangat pantas dan tak pernah terlintas di fikiran kami.
Terlalu cepat dan terlalu mudah. Alhamdulillah semua selamat,” kongsinya.
Lebih mengagumkan, bayi tersebut dilahirkan ketika kereta masih sedang bergerak menuju ke hospital. Siraj berkata, ibunya yang berada di tempat duduk sebelah pemandu segera membantu menyambut kelahiran cucunya apabila menyedari bayi itu sudah mahu keluar.
Turut mencuit hati, anak perempuan mereka yang berada di dalam kereta juga dikatakan sempat mengintai dari bahagian hadapan untuk melihat kelahiran adiknya.
Kejadian yang jarang berlaku

Siraj berkata, pengalaman tersebut membuatkan mereka sekeluarga bersyukur kerana urusan kelahiran itu berlaku dengan mudah.
Menurutnya, doktor turut memaklumkan kejadian kelahiran pantas seperti itu jarang berlaku. Perkongsian berkenaan mendapat perhatian warganet yang turut berkongsi pengalaman masing-masing melalui proses kelahiran yang cepat dan mudah.
Seorang individu berkata, dia pernah melalui proses kelahiran yang hanya mengambil masa kira-kira sejam sebelum selamat melahirkan anak.
“Anak yang mudah dijaga nanti, InsyaAllah. Saya pernah sakit nak bersalin 1 jam sahaja terus bersalin. Mudah sahaja anak keluar tanpa sakit yang kuat. Sekarang dah dewasa, selalu bantu ibu ayah dan baik akhlaknya. Sihat tubuh badan. Dah kerja dah,” tulis warganet.
Seorang lagi warganet yang menunggu di Jabatan Kecemasan turut mengucapkan tahniah kepada keluarga berkenaan dan mendoakan agar semuanya terus dipermudahkan.
@sirajyasman87 Tak sempat sampai hospital dah terkeluar… Masya Allah.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar.. Takde yang dapat digambar, semua berlaku dengan sangat pantas dan tak pernah terlintas di fikiran kami.. Terlalu cepat dan terlalu mudah.. dan alhamdulillah semua selamat.. Takde ucapan yang dapat digambarkan… “Maha Baiknya Allah”.. Rupanya kes macam ni kalau ada pon sekali dalam setahun bak kata doktor😊 5/9/2026 (Sabtu) 1.55 pagi
Baca juga: Tular Video Baby ‘Beratur’ Tahnik Dengan Ustaz Azhar Idrus, Ramai Doakan & Teruja Lihat Momen Ini
Sumber: TikTok Siraj Yasman
