Euforia Bola 2026
Famili

“Saya Bawa Berus Gigi & Sikat Rambut”- Bapa Serah Barang Peribadi Untuk Ujian DNA Allahyarham Dr Ainul

berus gigi

Selepas menerima berita memilukan mengenai nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, bapa kepada salah seorang mangsa kini membawa barangan peribadi anak termasuk berus gigi dan sikat rambut bagi membantu proses pengenalpastian jenazah.

Pesara guru, Kamaruddin Salleh, 69, berkata pihak polis menghubunginya bagi memaklumkan pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti jenazah anaknya, Dr Ainul Baraah, 32.

Baca juga: Penerbangan Perubatan Doktor Udara Bertukar Tragedi, Ini Kronologi Nahas Helikopter Di Long Lellang

BERUS GIGI & SIKAT RAMBUT DIBAWA BAPA AINUL UNTUK UJIAN DNA

berus gigi

Gambar Berita Harian: Kamaruddin Salleh bersama isterinya, Rogayah Mohd Nor, 69,  menunjukkan gambar arwah Dr Ainul Baraah.

“Polis menghubungi kami malam tadi memaklumkan akan mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesan jenazah anak saya,” katanya.

Menurut Kamaruddin, pihak polis turut memintanya membawa barangan peribadi yang sering digunakan Allahyarham untuk membantu proses berkenaan.

“Saya membawa berus gigi dan sikat rambut Allahyarham untuk diserahkan kepada pihak polis.

“Polis memaklumkan akan melakukan ujian DNA dan urusan lanjut sebaik saya tiba di sana.

“Saya kini berada di rumah besan di Bangi, Selangor dan dijangka berlepas ke Sarawak tengah hari ini.

“Sebarang perkembangan dan kedudukan suami Ainul juga saya tidak tahu, sama ada dia pergi ke lokasi kejadian atau menunggu di Miri. Namun sebahagian keluarga sudah berlepas ke Sarawak pagi ini,” katanya.

Baca juga: Macam Dalam Siri CSI, Ini 7 Cara Forensik Kenal Pasti Mayat Tanpa Wajah!

berus gigi

Keluarga masih berbincang lokasi pengebumian

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata keluarganya masih berbincang mengenai lokasi untuk mengebumikan jenazah anak keempat daripada lima beradik itu.

“Saya akan buat mana yang terbaik dan berharap semoga urusan dipermudahkan.

“Sama ada dikebumikan di sana atau dibawa ke Kelantan,” katanya.

Sebelum ini, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang Short Takeoff and Landing Port (STOLport) di Sarawak.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pihaknya menerima notifikasi mengenai insiden itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang.

Selain Dr Ainul Baraah, empat lagi mangsa dikenal pasti sebagai Kapten Zainol, PPP Alexson Adit, SN Debra Moset dan SN Jessie Paya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×