Euforia Bola 2026
40 Minggu

Kongsi Dapat Anak Ke-8 Tapi Terima Komen Negatif! Rupanya Lelaki Ini Bukan Calang-Calang Orang

cahaya mata

Perkongsian seorang lelaki mengenai kelahiran cahaya mata kelapannya mengundang pelbagai reaksi warganet selepas dimuat naik di Threads.

Lelaki yang menggunakan nama akaun Hasanuddin Yusof itu berkongsi rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata kelapan mereka.

Baca juga: Selepas 3 Tahun Menanti, Elizabeth Tan Mulakan Perjalanan IVF Untuk Timang Cahaya Mata

KONGSI KELAHIRAN CAHAYA MATA KELAPAN TAPI DIKECAM

CAHAYA MATA

Menerusi perkongsian tersebut, beliau turut memaklumkan bayi yang dilahirkan kali ini merupakan seorang puteri, selepas anak perempuan pertama mereka dilahirkan pada Ogos tahun lalu.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak kami yang ke-8. Kali ini puteri juga setelah lahirnya puteri pertama pada bulan Ogos tahun lepas,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, perkongsian berkenaan tidak hanya menerima ucapan tahniah. Ada juga warganet yang memberikan komen mengenai jumlah anak pasangan tersebut, termasuk menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan fizikal dan mental si isteri.

“Dah la cukup 8. Bagi la isteri berehat physically and mentally,” komen seorang pengguna.

Dalam masa sama, tidak kurang juga warganet yang melihat kelahiran anak kelapan tersebut dari sudut yang positif.

Antara yang memberikan ucapan tahniah ialah personaliti televisyen, Fedtri Yahya, yang menyifatkan kelahiran tersebut sebagai satu perkara yang menggembirakan ketika dunia berdepan isu penurunan kadar kelahiran.

“Saat dunia berdepan penurunan kadar kelahiran akibat pelbagai faktor, hadirnya cahaya mata daripada orang cerdik pandai ialah khabar yang menggembirakan. Tahniah atas kelahiran puteri kelapan… Semoga membesar sebagai anak solehah, penyejuk hati keluarga dan insan yang memberi manfaat kepada ummah,” tulisnya.

CAHAYA MATA

Rupanya pemegang PhD dari UKM

Seorang pengguna Threads, miraud_din, tampil berkongsi sedikit maklumat mengenai identiti sebenar lelaki tersebut selepas melihat beberapa komen yang ditinggalkan terhadap perkongsiannya.

Menurutnya, lelaki berkenaan ialah Dr Hasanuddin Yusof, pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Tamadun Alam Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Buat kalian yang memanggil tuan ini dengan panggilan yang kurang menyenangkan, malah ada yang memanggil beliau dengan panggilan ‘brader’, ini sedikit maklumat mengenai beliau. Beliau ialah Dr. Hasanuddin Yusof, lulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Tamadun Alam Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai peguam dan pegawai syariah suatu ketika dahulu. Dr. Hasanuddin turut merupakan seorang pengkaji sejarah yang telah menulis pelbagai buku berkaitan sejarah Alam Melayu seperti Miftahul Melayu, Raudhatus Salatin dan Sultan Muhammad al-Fatih. Buku-buku beliau diterbitkan di bawah syarikat Penerbit Alami Sdn. Bhd,” jelasnya.

Perkara itu membuatkan sebahagian warganet melihat perkongsian mengenai kelahiran anak kelapan tersebut dari sudut yang berbeza.

Baca juga: Tular Video Baby ‘Beratur’ Tahnik Dengan Ustaz Azhar Idrus, Ramai Doakan & Teruja Lihat Momen Ini

Sumber: Threads Hasanuddin Yusof

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×