Euforia Bola 2026
Famili

Kaki Kanak-Kanak 3 Tahun Digilis Tayar Kenderaan Bawa Bot Bomba Hari Kebangsaan, Dilaporkan Stabil!

3 tahun

Keterujaan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun untuk melihat dengan lebih dekat aset pasukan keselamatan sempena sambutan Hari Kebangsaan bertukar cemas apabila kaki kirinya digilis tayar kenderaan yang membawa bot bomba.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-69 Peringkat Negeri Terengganu di hadapan Wisma Persekutuan, di sini, semalam.

Baca juga: Cucu Buang Sampah…Dua Keluarga Berjiran Gaduh Gempar Dengan Saling Memukul, Dihadapkan Ke Mahkamah!

KAKI KANAK-KANAK 3 TAHUN DIGILIS TAYAR KENDERAAN

3 tahun

Gambar Ghazali Kori: Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan perbarisan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-69 di Dataran Syahbandar semalam.

Mangsa, Che Ku Muhammad Khairul Amir Che Ku Mohd Khairul Azlan, ketika itu hadir bersama ibunya, Puteri Anis Athirah Wan Rosli, 36, serta dua adik-beradiknya.

Menurut ibunya, mereka berada di lokasi kerana anak-anak teruja untuk melihat aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dipamerkan sempena sambutan berkenaan.

Katanya, ketika kenderaan pacuan empat roda yang menunda bot bomba itu berhenti beberapa kali di hadapan Wisma Persekutuan, anak perempuannya yang berusia tujuh tahun berlari ke hadapan untuk mengambil gambar.

“Bagaimanapun, anak lelaki saya turut mengikuti kakaknya itu.

“Anggota bomba cuba mengiringi anak saya ke bahu jalan untuk keselamatan sebelum bergerak, namun anak saya secara tidak sengaja tiba-tiba jatuh tersembam,” katanya.

Akibat kejadian itu, kaki kiri Amir berada di bawah tayar sebelum kenderaan berkenaan mula bergerak perlahan.

Ibunya berkata, kejadian tersebut berlaku terlalu pantas dan dia sendiri menyaksikan detik berkenaan sebelum segera mengangkat anaknya.

Baca juga: Video “Assalamualaikum Isteriku” Buat Ramai Sebak… Baru Dua Hari Bergelar Suami, Muhammad Alif Maut Kemalangan

Kaki cedera, tetapi keadaan stabil

Susulan kejadian, Amir dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan bantuan pihak polis yang berada di lokasi.

Pemeriksaan X-ray mendapati tiada tulang yang patah, manakala doktor pakar kanak-kanak turut melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan kesihatannya.

Perkembangan terbaru dimaklumkan Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, PgKB I Shahrin Yusmar Mat Yusof, yang berkata Amir dilaporkan stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius, namun masih menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan.

Shahrin Yusmar turut menziarahi Amir di HSNZ sebagai tanda keprihatinan JBPM serta memberikan sokongan moral kepada mangsa dan keluarganya.

Baca juga: “Boleh Belanja Kayu Tak?” Guru Minta Nak Cantikkan Titi Je, Tak Sangka Fadhlina Luluskan RM150,000 Bina Jambatan Terapung

3 tahun

Gambar ihsan JBPM: Shahrin Yusmar dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Thoiyibah Taib (dua kiri) menziarahi Che Ku Muhammad Khairul Amir di HSNZ.

Dalam pada itu, ibu Amir berkata dia tidak menyalahkan anggota bomba atau mana-mana pihak keselamatan atas kejadian tersebut.

“Saya tidak menyalahkan anggota bomba atau mana-mana pasukan keselamatan kerana mereka bertindak mengawal keselamatan dan pergerakan aset.

“Saya anggap kejadian itu berlaku dengan tidak disengajakan berikutan keterujaan anak saya untuk melihat dengan lebih dekat aset pasukan keselamatan,” katanya.

Dia turut menghargai tindakan pihak polis dan anggota keselamatan yang membantu mengawal keadaan serta mengiringi ambulans membawa anaknya ke hospital.

Sumber: Harian Metro (1) (2) / Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu

FT Image: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×