Euforia Bola 2026
Didik

“Boleh Belanja Kayu Tak?” Guru Minta Nak Cantikkan Titi Je, Tak Sangka Fadhlina Luluskan RM150,000 Bina Jambatan Terapung

jambatan terapung

Permintaan seorang guru untuk membaiki laluan yang digunakan anak murid setiap pagi akhirnya membawa khabar gembira apabila jambatan terapung (jetfloat) bernilai RM150,000 diluluskan untuk dibina di Sekolah Kebangsaan (SK) Iskandar, Bera, Pahang.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek selepas beliau menerima permintaan guru berkenaan menerusi media sosial.

Baca juga: “Nasib Tak Tenggelam Dengan Bot Tengah Laut”- Cabaran Guru Bertugas Di Pulau Bum Bum, KPM Diminta Beri Perhatian!

FADHLINA LULUSKAN RRM150,000 BINA JAMBATAN TERAPUNG DEMI MURID PEDALAMAN

jambatan terapung

Seorang guru memohon bantuan darilada Fadhlina untuk menaik taraf laluan ke SK Iskandar, Bera, Pahang kelmarin.

Pada awalnya, guru yang menggunakan profil @le_akmal hanya meminta bantuan untuk mendapatkan kayu bagi mencantikkan dan memperbaiki titi yang digunakan murid untuk ke sekolah.

“Salam Datuk Seri, ini laluan anak murid saya tiap-tiap pagi nak pergi sekolah. Boleh Datuk Seri belanja kayu tak? Saya nak murnikan laluan titi ni,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Minta kayu, sekali RM150,000 diluluskan

Permintaan berkenaan kemudian mendapat perhatian Fadhlina yang membuat semakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang.

Hasil semakan mendapati kos yang diperlukan untuk menyediakan laluan menggunakan modul Jetfloat adalah sebanyak RM150,000.

“Saya telah membuat semakan dengan pihak JPN Pahang. Berdasarkan semakan tersebut, kos bagi laluan ini adalah sebanyak RM150,000 untuk modul ‘Jetfloat’.

“Lulus, ya cikgu. Saya telah meminta pihak JPN untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Jawapan ringkas itu ternyata menggembirakan guru berkenaan yang turut merakamkan penghargaan atas perhatian diberikan terhadap keperluan murid.

“Terima kasih Datuk Seri. Semoga Tuhan permudahkan urusan Datuk Seri,” katanya.

Baca juga: Ibu Kerja Tukang Cuci, Lovely Sabana Cemerlang STPM Bakal Sambung Pengajian Ke UPSI Dibantu MARA

Menurut perkongsian guru tersebut, pihak sekolah sebelum ini sudah menerima bantuan bot dan enjin untuk kegunaan pelajar yang tinggal di seberang tasik.

Namun, keadaan menjadi lebih sukar apabila paras air surut menyebabkan bot tidak dapat menghampiri tebing.

Keadaan itu menjadikan kewujudan titi sebagai satu keperluan untuk memudahkan pergerakan murid ke sekolah.

“Dah ada bantuan bot dan enjin untuk kegunaan pelajar seberang tasik, tapi bila air surut bot tak lepas sampai ke tebing. Memang perlu buat titi.

“Sebelum ni cikgu-cikgu dah buat titi tapi daif sikitlah rupa dia. Kalau Datuk Seri sedar posting ni, bolehlah belanja kayu untuk buat titi lawa lagi,” jelasnya.

Guru berkenaan turut berkongsi video yang menunjukkan perjalanan murid menggunakan laluan tersebut untuk ke sekolah.

Perkongsian itu sekali gus memberikan gambaran tentang cabaran yang perlu dilalui sebahagian murid untuk mendapatkan pendidikan setiap hari.

Usaha mudahkan urusan murid

Susulan perkara itu, Fadhlina berkata usaha berkenaan diharapkan dapat memudahkan urusan guru serta memberikan manfaat dan keselesaan kepada murid yang menggunakan laluan tersebut.

Tindakan berkenaan turut mendapat perhatian ramai apabila permintaan yang pada asalnya hanya mahu mendapatkan bantuan kayu akhirnya membawa kepada kelulusan RM150,000 bagi menyediakan laluan menggunakan modul Jetfloat.

jambatan terapung

Gambar: Facebook & Threads Fadhlina Sidek

Dalam hantaran susulan, Fadhlina turut menyentuh mengenai segmen baharu “Fadhlina Buat Apa?” yang akan diperkenalkan menerusi media sosial.

Menurutnya, segmen itu akan digunakan untuk berkongsi satu demi satu usaha dan pencapaian pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang pentadbiran Kerajaan MADANI.

“Ada yang mungkin kita pernah dengar. Ada juga yang mungkin ramai belum tahu.

“Satu-satu kita cerita,” ujarnya.

Bagi guru terbabit, perhatian yang diberikan itu pastinya menjadi satu khabar baik buat warga sekolah, khususnya murid yang setiap hari bergantung kepada laluan berkenaan untuk ke sekolah.

Sumber: Threads @fadhlinasidek_

FT Image: Threads @le_akmal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×