Euforia Bola 2026
Famili

Fadhlina Arah Unit Integriti Ambil Tindakan Lanjut, Susulan Aduan Keluarga Berhubung Kematian Nur Qaira Alisha

NUR QAIRA ALISHA

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, meminta Unit Integriti Kementerian Pendidikan (KPM) meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap aduan yang dibuat oleh keluarga murid Tahun Empat, Nur Qaira Alisha Ahmad Ilwan, yang meninggal dunia baru-baru ini.

Baca juga: Tiada Yang Mustahil, Pelajar SM Sains Teluk Intan Wakili Malaysia Di Forum Kanak-Kanak ASEAN Ke-9

KES NUR QAIRA ALISHA DISIASAT UNIT INTEGRITI KPM

NUR QAIRA ALISHA

Menurut beliau, tindakan berhubung aduan tersebut hendaklah dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, selain memastikan hak serta kepentingan semua pihak diberi pertimbangan secara adil.

Katanya, beliau turut menerima makluman bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah sudah menjalankan siasatan susulan aduan yang dikemukakan oleh keluarga Nur Qaira.

“Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius setiap perkara yang melibatkan keselamatan dan kebajikan murid.

“Keutamaan KPM pada masa ini adalah untuk memastikan keluarga diberikan ruang serta sokongan yang sewajarnya dalam menghadapi kehilangan ini,” tulisnya menerusi hantaran Facebook.

Dalam hantaran sama, Fadhlina menyampaikan ucapan takziah kepada ibu bapa dan keluarga Nur Qaira serta mendoakan agar mereka terus diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk melalui saat sukar itu.

Nur Qaira dilaporkan mempunyai masalah jantung sejak berusia tiga bulan dan sebelum ini dikecualikan daripada menyertai aktiviti sukan di sekolah.

NUR QAIRA ALISHA

Bagaimanapun, ibu bapanya mendakwa anak mereka diarahkan oleh seorang guru untuk menyertai acara larian ketika pemilihan rumah sukan pada 15 April lalu, walaupun pihak sekolah dikatakan telah menerima surat perubatan berkaitan keadaan kesihatannya.

Pada 24 April, Nur Qaira dilaporkan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah selepas mengalami muntah yang teruk serta bengkak di sekitar mata.

Hasil pemeriksaan mendapati murid berkenaan mengalami kegagalan jantung akibat dekompensasi dengan kardiomiopati dilatasi. Nur Qaira kemudiannya meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Baca juga: Mydin Henti Jualan Tudung Guna Bintang Jalur Gemilang Tidak Tepat, Akui Kesilapan Cetakan Pembekal

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×