Perkongsian mengenai khasiat telur membuatkan seorang wanita mengubah rutin sarapannya selepas sebelum ini sering mengambil nasi berlauk dan kuih pada waktu pagi.
Menurut Suraya, perubahan itu turut membuatkan dirinya berasa lebih cergas dan tidak lagi mudah mengantuk selepas bersarapan.
Baca juga: Kulit Buah Naga Pun Boleh Jadi ‘Petunjuk’, Ini 3 Ciri Nak Tahu Isinya Manis & Elok!
KHASIAT TELUR BILA AMALKAN WAKTU SARAPAN

Perubahan itu dilakukan selepas menyedari rutin pemakanan sebelum ini membuatkan dirinya mudah berasa penat dan mengantuk.
Suraya berkata, sebelum ini dia sudah terbiasa mengambil nasi berlauk untuk sarapan setiap hari, selain menikmati kuih.
“Kalau dulu hari-hari nasi berlauk, lepas itu kuih pula. Lepas makan pasti cari bantal,” jelasnya.
Menurutnya, selepas bersarapan, rutin harian diteruskan dengan menguruskan urusan menghantar dan mengambil anak dari sekolah.
Dalam masa sama, dia turut membeli makanan bergoreng sementara menunggu waktu untuk menyediakan hidangan tengah hari.
“Bangun-bangun sahaja ambil anak sekolah, balik ambil anak, beli makanan goreng sementara nak siapkan lunch. Tak sihat ya rutin harini sebelum ini. Badan penat sebab makan tak jaga dan penat nak proses semua masuk dalam perut,” luahnya.
Suraya mengakui rutin tersebut menyebabkan tubuhnya mudah berasa letih. Dia juga menyedari pengambilan makanan pada waktu pagi sebelum ini agak tinggi kalori.
Ubah rutin hidup makin cergas

Selepas mengubah rutin sarapan kepada telur, Suraya berkata dia mula merasakan perbezaan dari segi kecergasan sepanjang hari.
“Kena sarapan telur baru cergas ya. Dah tak mengantuk, dah la kenyang. Tengah hari baru paksa diri makan. Kena makan sebab badan perlukan nutrisi,” jelasnya.
Bagi Suraya, perubahan tersebut turut mengajar dirinya supaya lebih memberi perhatian terhadap makanan yang diambil setiap hari.
Perkongsian berkenaan menunjukkan bagaimana perubahan kecil dalam rutin pemakanan boleh menjadi satu langkah untuk seseorang membina tabiat makan yang lebih teratur.
Bagi mereka yang sedang cuba mengamalkan diet suku suku separuh, pengalaman seperti ini juga boleh dijadikan inspirasi untuk lebih peka terhadap pilihan makanan dan rutin pemakanan harian.
Baca juga: Mesin Hidrogen ‘Kononnya’ Boleh Rawat Penyakit Kronik, KKM Tampil Beri Amaran Terutama Warga Emas!
Sumber: Facebook Suraya Ismail
