Euforia Bola 2026
Rumah

Tuala Makin Lama Makin Bau Kepam? Rupanya Ini Cara Basuh Yang Betul, Jangan Campur Dengan Baju!

TUALA MANDI

Tuala mandi yang sudah dicuci tetap mengeluarkan bau hapak atau kepam? Jangan risau, ada beberapa cara mudah yang boleh dicuba untuk membantu menghilangkan bau tersebut dan menjadikan tuala kembali gebu serta selesa digunakan.

Menurut perkongsian tersebut, perkara paling penting ialah tuala perlu dibasuh secara berasingan daripada pakaian lain.

Baca juga: 1,500 Murid Bakal Warnai Dataran Putrajaya, ‘Human Graphic’ Hari Kebangsaan Tampil Dengan 16 Lagu!

TUALA MANDI BAU KEPAM WALAU DAH BASUH? GUNA CARA INI

TUALA MANDI

Kredit: Magnific

Antara perkara yang perlu dielakkan ialah mencampurkan tuala bersama pakaian ketika mencuci. Tuala sebaiknya dibasuh bersama tuala lain supaya proses cucian lebih sesuai dengan jenis fabrik tersebut.

Selain itu, penggunaan pelembut fabrik atau softener juga disarankan untuk dielakkan ketika mencuci tuala.

Menurut perkongsian berkenaan, penggunaan softener boleh meninggalkan lapisan pada serat tuala dan menyebabkan keupayaan tuala menyerap air berkurangan.

Sebagai alternatif, pengguna tersebut mencadangkan penggunaan pure baking soda ketika mencuci.

Dia mengingatkan supaya menggunakan baking soda yang sesuai untuk tujuan cucian dan bukan semata-mata baking soda yang digunakan dalam penyediaan makanan.

Guna baking soda

TUALA MANDI

Baking soda tersebut dikatakan membantu meneutralkan bau hapak atau kepam pada tuala, tetapi ia tidak bertujuan untuk memberikan bau wangi.

Jika mahu tuala berbau lebih harum, sabun pencuci masih boleh digunakan sebagai tambahan. Satu lagi langkah yang dikongsikan adalah merendam tuala seketika supaya bahan yang digunakan dapat meresap ke dalam kain.

Selepas beberapa kali mengamalkan kaedah tersebut, pengguna TikTok berkenaan mendakwa tuala miliknya kembali terasa lebih gebu dan tidak lagi mempunyai bau kepam.

Walaupun setiap mesin basuh dan jenis fabrik mungkin memberikan hasil yang berbeza, memastikan tuala dibasuh dengan betul, tidak terlalu sarat dalam mesin serta dikeringkan sepenuhnya juga penting bagi membantu mengurangkan masalah bau hapak.

Baca juga: Mulakan Hari Dengan Solat Subuh, Cara Guru Ini Pupuk Kesedaran Murid Sebelum Ke Sekolah Dapat Pujian ‘Terbaik’

Sumber: TikTok Rumah Ready

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×