Euforia Bola 2026
Asuh

Jangan Halang Hobi Anak, Sebenarnya Minat Dalam 6 Bidang INI Boleh Jadi Kerjaya Mahal Satu Hari Nanti!

hobi anak

Ramai ibu bapa menganggap hobi anak seperti bermain pemainan video dan melukis, sekadar aktiviti mengisi masa lapang, sedangkan minat yang dipupuk dengan betul boleh menjadi asas kepada kemahiran berguna apabila mereka dewasa.

Malah, UNICEF menyatakan aktiviti bermain membantu kanak-kanak membina kemahiran kognitif, sosial, emosi dan fizikal, termasuk kreativiti serta penyelesaian masalah.

Baca juga: Pointer Tinggi Saja Tak Cukup! Ini 7 Soft Skills Yang Akan Buat Majikan Berebut Nak Ambil Anda Kerja

Pada masa sama, laporan World Economic Forum (WEF) menunjukkan kemahiran teknologi, pemikiran kreatif dan literasi teknologi semakin penting dalam pasaran pekerjaan hingga 2030.

Jadi, jika anak mempunyai minat dalam bidang berikut, jangan terus menganggapnya sekadar suka-suka.

1. Permainan video

hobi anak

Gambar hiasan: Gemini AI

Minat terhadap permainan video boleh dikembangkan kepada kemahiran reka bentuk permainan, pengaturcaraan, animasi dan penceritaan.

Jika serius diasah, anak berpotensi meneroka kerjaya seperti game designer, game developer atau 3D artist.

2.  Coding dan robotik

hobi anak

Gambar hiasan: Gemini AI

Anak yang suka mencipta, memasang robot atau bereksperimen dengan kod boleh diperkenalkan kepada bidang teknologi sejak usia bersesuaian.

Kemahiran pengaturcaraan dan literasi teknologi juga semakin relevan apabila AI, automasi dan sistem digital berkembang. Antara laluan kerjaya termasuk software developer, jurutera robotik dan pakar automasi.

3. Melukis

hobi kanak-kanak

Gambar hiasan: Gemini AI

Jangan pandang ringan anak yang gemar menghasilkan lukisan. Minat itu boleh berkembang kepada ilustrasi digital, animasi, reka bentuk grafik dan 3D.

Bidang kreatif turut mempunyai kaitan dengan reka bentuk dan pengalaman pengguna yang semakin diperlukan dalam ekonomi digital.

4. Buat video

hobi anak

Gambar hiasan: Gemini AI

Anak yang gemar merakam dan menyunting video boleh diasah dalam videografi, penulisan skrip serta penghasilan kandungan.

Kemahiran ini boleh membuka peluang sebagai video editor, videographer atau pengurus kandungan digital.

5. Ambil gambar/fotografi

hobi kanak-kanak

Gambar hiasan: Gemini AI

Minat fotografi boleh menjadi kemahiran profesional apabila anak belajar tentang komposisi, pencahayaan dan penyuntingan.

Ia boleh digunakan dalam bidang media, pengiklanan, produk, fesyen dan kandungan digital.

6. Suka bercakap dan bercerita

hobi kanak-kanak

Gambar hiasan: Gemini AI

Anak yang petah bercakap boleh mengembangkan kemahiran komunikasi melalui pengucapan awam, debat, pengacaraan atau teater.

Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pengaruh sosial juga kekal penting dalam dunia pekerjaan.

Baca juga: Asyik Kena Tolak Sebab ‘Tiada Pengalaman’? Ini 10 Strategi Bijak Bantu Anda STOP ‘Tanam Anggur’!

JANGAN PAKSA TETAPI BIMBING

Tidak semua hobi perlu dijadikan pekerjaan. Sebaliknya, ibu bapa boleh memberi ruang kepada anak mencuba, belajar dan mengenal pasti kekuatan sendiri.

Mana tahu, minat yang kelihatan kecil hari ini menjadi kemahiran bernilai tinggi dan membuka laluan kepada kerjaya masa depan mereka nanti.

Sumber: UNICEF (1) (2) / World Economic Forum (1) (2)

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×