Euforia Bola 2026
Famili

“Mungkin Dia Betul-Betul Perlu”- Netizen Luah Simpati Bapa Dua Anak Dipenjara 7 Hari, Lepas Curi Milo & Syampu

mencuri milo

Seorang bapa kepada dua anak dijatuhi hukuman penjara tujuh hari selepas mengaku bersalah mencuri Milo dan beberapa botol syampu di sebuah pasar raya di Lunas, Kedah.

Kes ini bukan sahaja menjadi perhatian di mahkamah, malah turut mengundang pelbagai reaksi sedih dan simpati daripada warga maya.

Baca juga: Padah ‘Ratah’ Anak Sendiri, Bapa & Juga Guru Dipenjara 270 Tahun 180 Sebatan!

BAPA DUA ANAK DIPENJARA 7 HARI, MENGAKU MENCURI MILO & SYAMPU

mencuri milo

Seorang lelaki di dakwa atas tuduhan mencuri serbuk Milo dan syampu di Mahkamah Kulim.

Tertuduh, Muhammad Zani Ishak, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri dua bungkusan serbuk Milo 1.8 kilogram, empat bungkusan serbuk Milo 900 gram, sebotol syampu Head & Shoulders Cool, sebotol syampu Head & Shoulders Apple, empat botol syampu Head & Shoulders Lemon serta dua botol Clear Men Deep Clean berjumlah RM252.60.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pasar raya di Lunas pada jam 10.52 pagi, 15 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Preeyaa, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Najihah Ahmad Zulkarnain.

Nur Najihah dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dan memaklumkan anak guamnya sudah berkahwin, mempunyai dua anak serta sedang mencari pekerjaan.

Katanya, tertuduh turut menyesali perbuatannya dan memaklumkan barangan yang diambil adalah barangan keperluan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan kerana beliau difahamkan tertuduh mencuri barangan berkenaan untuk dijual bagi mendapatkan wang.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari bermula dari tarikh tangkapan.

Baca juga: Video Buli Tular Terima Kecaman Ramai! Empat Remaja 14 Tahun Ditahan Belasah Rakan Hingga Tengkorak Retak

mencuri milo

Gambar Kosmo!

Reaksi warga maya yang sebak

Kes ini turut mendapat perhatian di media sosial apabila ramai warga maya meluahkan rasa simpati terhadap tertuduh. Antara komen yang mendapat perhatian:

“Andainya dia mencuri untuk meneruskan kelangsungan hidup demi ahli keluarganya, bantulah beliau dan ahli keluarganya,” tulis Abdul.

“Aduhai, kesiannya…” komen Siti.

“Kalau saya kebetulan berada di pasar raya ketika dia ditangkap, mungkin saya akan tolong bayarkan barang itu. Tutup kes sahaja. Mungkin dia betul-betul memerlukannya,” komen Mega.

“Hampa tak payahlah dok kecam dia. Hampa tahu ka ekonomi dia macam mana? Tak kena dekat hampa atau anak hampa, dah bersyukurlah,” komen Razuan.

Rata-rata warga maya berpendapat masyarakat tidak sepatutnya terus menghukum tanpa mengetahui keadaan sebenar seseorang, terutama apabila melibatkan tekanan hidup dan kesukaran ekonomi.

Baca juga: Rakam Wajah Staf Tanpa Izin Buat Konten Konon Cuba Sport Bra, TikToker Lelaki Akhirnya Mohon Maaf

Sumber: Buletin TV3

FT Image: Wan Nabil Nasir (Harian Metro)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×