Percutian

9 Tempat Makan ‘Top’ Di Pulau Pinang Yang Anda Kena Pergi, Rugi Tak Cuba!

777
SHARES

Hujung minggu ni cuti panjang, mestilah nak sambut Hari Buruh kan? Bukannya apa, setelah penat bekerja, dapat cuti macam ini boleh lah digunakan untuk melepaskan segala penat lelah betul tak? Kalau macam itu, apa kata berkunjung ke Pulau Pinang dan cuba makanan-makanan yang ‘best’ dekat sana. Pulau Pinang ni memang terkenal dengan gelaran ‘syurga makanan’ bagi setiap pelancong yang datang ke sana. Orang Malaysia pun jangan terlepas untuk mencuba makanan-makanan yang menarik serta sedap-sedap belaka ini.

Jadi, inilah 9 tempat makan yang anda patut kunjungi apabila berada di Pulau Pinang, Pulau Mutiara ini!

1. Nasi Padang International Hotel

http://eatingasia.typepad.com/

http://eatingasia.typepad.com/

http://oneawesomefood.blogspot.my/

http://oneawesomefood.blogspot.my/

Bagi sesiapa yang merupakan peminat nasi padang, memang kena berkunjung ke Nasi Padang International Hotel yang terletak di jalan Transfer Road. Dibuka pada bukul 10 pagi dan kalau boleh datang awal sebab kalau datang lambat nanti habis lauk-pauk yang disajikan! Yang paling menjadi kegemaran pelanggan di sini adalah ayam goreng bercili dan sambal hijau yang dapat memikat selera siapa sahaja yang merasakannya. Harga pun berpatutan tau.

2. Hameediyah Beriyani

http://www.jjzai.com/

http://www.jjzai.com/

farfedora.blogspot.my

farfedora.blogspot.my

Kalau datang Pulau Pinang, selain nasi kandar, tak sah juga kalau tak makan nasi beriyani kan? Salah satu kedai makan yang anda boleh kunjungi adalah Restoran Hameediyah. Restoran ini adalah antara restoran yang tertua beroperasi di Pulau Pinang dan menyajikan nasi beriyani yang terbaik! Memang banyak cawangan Hameediyah ini tetapi, kalau inginkan rasa yang asli, anda kena juga berkunjung ke Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell Pulau Pinang.

3. TeoChew Chendul (Penang Road)

http://july-shinyen.blogspot.my/

http://july-shinyen.blogspot.my/

cendol-2

http://www.pinkypiggu.com/

Panas-panas ni memang sedap kalau makan cendol kan? Kalau nak rasa cendol terbaik di Pulau Pinang nin anda boleh berkunjung ke TeoChew Chendul yang terletak di Lebuh Keng Kwee. Bila dah sampai sini jangan terkejut pula sebab keadaan beratur tu memang macam tu. Nak beli makanan pun beratur, masa tengah makan pun kena beratur sebab tak cukup tempat. Memang inilah penangan cendol terbaik ini dan servis pun laju saja.

4. Restoran Sup Hameed

www.flickr.com

www.flickr.com

http://www.penangkini.com/

http://www.penangkini.com/

Bila sebut sup ni ramai yang anggap sup adalah makanan yang biasa dan boleh didapati di mana-mana sahaja. Tetapi, berlainan dengan Sup Hameed yang terletak di Jalan Penang ini. Kepekatan sup herba ini dapat menarik minat sesiapa sahaja yang merasanya walaupun pertama kali dicuba. Bukan sahaja ada sup daging tapi pelbagai jenis isi sup boleh dipilih dan yang menariknya, sup ini boleh dicicah bersama roti. Jadi, kalau waktu petang atau malam tak tahu nak makan apa tu, boleh lah singgah untuk merasa nikmatnya ‘The Best Soup In Town’ ini.

5. Roti Bakar Transfer Road

www.hungryonion.org

www.hungryonion.org

www.hungryonion.org

www.hungryonion.org

Lokasi menarik untuk sarapan pagi adalah dengan berkunjung ke Roti Bakar Transfer Road. Berdekatan sahaja dengan Nasi Padang International Hotel ini, gerai roti bakar dan roti canai ini menjadi tenpat kegemaran bagi setiap pengunjung dari serata dunia. Antara menu yang boleh dicuba adalah roti bakar telur goyang dan sudah semestinya roti canai ayam yang memang terbukti sedap! Mudah saja untuk jumpa gerai ini, kalau tengok dekat Transfer Road tu ada gerai yang ramai orang, itulah tempatnya.

6. Nasi Kandar Deen Maju

http://www.nazrulakram.com/

http://www.nazrulakram.com/

http://angahnadek.blogspot.my/

http://angahnadek.blogspot.my/

Ya, sudah semestinya apabila berkunjung ke Pulau Pinang, tak sah kalau tak makan nasi kandar kan? Sudah menjadi satu fenomena sejak tahun lepas, Nasi Kandar Deen Maju ini sebenarnya telah lama beroperasi. Kalau datang sini saja, memang tak sah kalau kena beratur dan kena bersabar la ya. Terletak di Jalan Gudwara, Georgetown, kedai ini beroperasi dari jam 2.30 petang hingga ke 11 malam. Sesiapa yang nak beratur di hadapan tu, kena datang awal sikit lah kan dan jangan lupa untuk cuba ayam goreng yang menjadi buah mulut orang ramai.

7. Sani Char Koey Teow

http://www.foodspotting.com/

http://www.foodspotting.com/

http://ijaicool.blogspot.my/

http://ijaicool.blogspot.my/

Tidak jauh dari tapak Pesta Pulau Pinang, Sani Char Koey Teow memang menjadi kegemaran ramai bagi setiap pengunjung. Lokasi yang lebih tepat adalah di kawasan Tokong Ular, bila anda sebut saja Sani Char Koey Teow, semua orang tahu kerana ‘brand’ yang cukup terkenal. Harga pun berpatutan dengan rasa yang sedap. Anda kena cuba!

8. Cargas Cafe, Bayan Lepas

mahaguru58.blogspot.my

mahaguru58.blogspot.my

http://famouschris.com/

http://famouschris.com/

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai kedai makan ini melainkan bagi sesiapa yang bekerja dan tinggal di Bayan Lepas. Kalau anda rasa nak makan gulai atau kari yang lain dari yang lain, boleh datang ke sini. Apa yang menjadi perhatian adalah kesegaran ikan yang digunakan, pasti anda tak cari lain! Selain itu, ayam goreng dan sambal sotong juga menjadi permintaan ramai kerana rasanya yang lazat. Apa lagi? Jangan lupa untuk datang menjamah di sini ya!

9. Mee Sotong Hameed Pata

http://smartdory.com/

http://smartdory.com/

driedroses.wordpress.com

driedroses.wordpress.com

Berada di lokasi strategik iaitu di Padang Kota Lama, kedai Mee Sotong Hameed Pata ini menjadi buah mulut orang ramai. Memang terbukti rasnaya yang sedap dengan ditambah pula sambal sotong yang pedas kemanisan itu memang dapat mencairkan hati sesiapa sahaja yang mencuba! Kalau nak sedap lagi, pesan juga Coconut Shake. Dua gabungan ini dapat menambahkan lagi selera anda dan mana tahu, tambah sampai pinggan kedua pula.

giphy-downsized

giphy.com

Selamat mencuba!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×